6 Apr 2011

Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Youtube tonjol "Kelemahan" video aibkan Anwar

Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli’ kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

- Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu’ untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir. - Wira Arjuna


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN..
(Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)


Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya..
21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi
22 Feb 2011.. janggut Anwar sudah panjang..
atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari? -darisungaiderhaka







8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yaaa la, Pak Syeikh pakai obat apa bagi bulu tumbuh cepat. Kami keturunan S.K. ni nak jugak obat tu. Bulu kami lambat tumbuh dan kurang. Dapat secalit pun jadilah Pak Syeikh...

Tanpa Nama berkata...

keh keh keh TAMBI CIT! POOOOOOOOOORAH!

anon berkata...

Perhati baik2.
Ada dua tempat sumber cahaya, 1. di sebelah kanan awek didepanya.Ada dua disitu dipasang secara menegak:perhatikan bayang2 awek dan nuar ada dua bayang terjadi.
2. Dimeja depan tu mengarah ke bilik air. Pancaran bertambah ini tepat ke wajah nuar dari bilik air kearah meja.Perhatikan bayangan janggutnya masih ada daaa
Pancaran itu mungkin pancaran infrared yang tidak dikesan oleh mata.
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

mr green,,,

saya dipahamkan cahaya yang mewujudkan bayang pelaku adalah daripada tv dan remote yang dipegang adalah remote tv..

betul tak fakta ini...

mohon dapat jawapan balas daripada mr green...

Karen berkata...

Kalau Cahaya TV.. dia akan bergerak.. atau cahya dia tidak statik, diakan gelap.. terang berselang seli bergantung pada Filem ditayangkan,

Ok.. kalau nak tahu.. Cuba tutup lampu rumah anda< dan pasangkan TV.. anda akan nampak cahaya pantulan tv akan berubah rubah.. mengikut warna dan pergerakan filem di TV.. lain lah dia pause MOvie atau Video CD.. betul tak.. kalau macam tu org bodoh la buat kerja macam tu.. Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

apabila tv dimatikan ..jelas ia tidak memberi kesan pencahayaan kepada bilik..dua penata lampu digunakan di kiri dan kanan skrin..
bayang jelas pada dinding menunjukkan lampu tepi digunakan..

apabila lelaki berpakaian mencari remote control, beliau seolah bertanya pada orang di sebelah kanan skrin.. kemungkinan besar ada individu lain dlm bilik tersebut..

setelah adjust tv menggunakan remote, pelakon menyalakan lampu dlm bilik air.. kemungkinan tv tidak dipadamkan tetapi kamera dismbung terus ke tv untuk membolehkan mereka melihat sendiri aksi mereka.. cahaya yg tidak cukup memungkinkan pelakon menyalakan lampu toilet.. aktiviti asmara jarang dilakukan dlm suasana terang melainkan malap dan romantik.. ini besar kemungkinan menjustifikasikan bahawa pelakon berdua itu tahu aktiviti mereka sedang dirakam dan mereka adalah pelakon..

orang lama berkata...

Cahaya tv tidak cukup kuat utk mewujudkan 2 bayang di belakang pelacur siam tu jikalau ada cahaya dari mentol lampu kuasa watt yg lebih terang berhampiran kabinet tv, cuba lihat masa antara 1:19-1:23 barua jebon tu berdiri menghadap tv dan memegang remote tv untuk switch off tv kelihatan cahaya tv terpantul sebelum terpadam dan 2 bayang masih lagi wujud di belakang pelacur, jadi bermakna terdapat 2 lampu kiri dan kanan yg bersebelahan kabinet tv kerana tiada lampu lain terletak di kepala katil.

Mengenai remote perhatikan masa antara saat 27-30 kelihatan tangan kanan krew baja memegang remote camera video night vision cam dan masa antara saat 31-32 kelihatan tangan kiri mengambil remote tv sambil tangan kanan memegang remote camera video dan meletakkan kedua2 remote tersebut di sebelah tv. Ini jelas terdapat dua remote yg berbeza.

Perhatikan bayang di belakang pelacur terdapat satu bayang2 tinggi dan satu bayang rendah ini bermakna ada dua cahaya yg memancar ke arah pelacur, disyaki dari sinaran lampu standing lamp di sebelah kanan berhampiran kabinet tv yg mewujudkan bayang tinggi dan perhatikan juga terdapat pantulan cahaya kecil melantun di dalam cermin meja solek di hujung katil dan pantulan cahaya di atas permukaan kiri kabinet tv, disyaki datang dari sinaran lampu walls sebelah kiri yg agak rendah dari ketinggian standing lamp di sebelah kanan kabinet tv . Sinaran cahaya ni mewujudkan bayang2 rendah dan agak gelap kerana kedudukan agak jauh lebih kurang 6-8 kaki antara satu sama lain.

Masa 1:32 hingga 1:35, kelihatan jebon baja tu hidupkan suis lampu bilik air dan cahaya yg terlindung sikit dari pintu bilik pun masih tidak tidak cukup utk mewujudkan bayang lain.

jelaslah nie semua konspirasi aturan si kitol, trio baja dan rejim nuklear utk mengaibkan dan melumpuhkan pakatan rakyat.

Krew si kitol nyanyuk nie bukan saja memalukan diri sendiri bahkan terserlah keboduhannn dengan mengkantoiikan seluruh produksi rejim dgn broadcasting seluruh dunia! nak tayang kat parlimen pegilah tayang lagi bagus kalao boleh buat live biar semua rakyat bangkit dari tidorr 54 thn!

Adakah rejim nie kita harapkan? mana pergi duit 888biliion, mana pergi duit saham bumiputera 52billion? siapa penjual tanah rezab melayu dari 3juta ekar tinggal 1.7 juta? nie adalah angkara rejim penyamunn b-end!

Tanpa Nama berkata...

Jika tengok video sebelum ini.

Mamat yg lagi sekor dlm video ini dah tutup TV sebagai pelakun berwajah mirip nuar masuk ke dalam toilet.

Memang depanya ini pelakun filem lucah agaknya.

Kpd blogger UMNO dan orang yg waras, apa yg anda akan buat apabila anda esok ada kes di mahkamah ?

Mencari pelacur utk seks atau duduk di rumah bermunajat kpd tuhan.

Ateis pun akan minta tlg tuhan juga ooo.