8 Apr 2011

Biarkan Rakyat Tangkap Datuk T

Biarkan rakyat tangkap Datuk T, seru Pemuda PAS

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak polis agar trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang penyiaran video lucah mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap segera jika tidak mahu rakyat membuat keputusan sendiri.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat (gambar) berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog termasuk YouTube oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Malah, pihaknya turut melahirkan kebimbangan kebocoran maklumat siasatan video itu akan mengundang masalah lain yang lebih besar sekiranya ketiga-tiga individu tersebut tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah walaupun beberapa laporan polis dikemukakan terhadap ‘Datuk T’.

“Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Suhaizan berkata, situasi ini tidak mustahil memandangkan perkara yang hampir sama pernah terjadi apabila tangkapan awam dilakukan terhadap penyogok calon PAS DUN Pasir Raja di Johor semasa pilihan raya umum tahun 2004.

“Tangkapan itu telah berjaya membawa kes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu,” katanya.

‘Datuk T’ yang terdiri daripada Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendaharin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video lucah kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Anwar menafikan beliau dalam video tersebut dan telah membuat laporan polis. Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis serta barang bukti termasuk video seks dan seutas jam Omega dikatakan milik Anwar diserahkan Shazryl Eskay menjadi bahan bukti, namun sedutan rakaman video seks itu mula tersiar menerusi laman video YouTube petang Isnin lalu.

Klip video selama 1 minit 47 saat itu yang diberi tajuk “VTS 01 1″, dimuat naik oleh pengguna Youtube dengan nama “thepowercam” itu kemudiannya dijadikan pautan dalam beberapa laman blog serta dijadikan sebagai tajuk utama muka hadapan beberapa akhbar arus perdana keesokan harinya.

Namun polis menafikan bertanggungjawab terhadap kebocoran bahan bukti serta penyebaran klip video itu. -FMT


Orang ramai boleh tahan ‘Datuk T’

Beliau mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan Datuk Syazril Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim

KUALA LUMPUR: Jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar gagal menahan ‘Datuk T’ yang didakwa bertanggungjawab menayangkan video seks yang didakwa Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai berhak berbuat demikian.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, orang ramai berhak menahan `Datuk T’,” kata Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam sidang akhbar di rumah Anwar hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan ahli perniagaan Datuk Syazril Eskay Abdulalh, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang dikenali sebagai Datuk T.

Bagaimanapun, Karpal yang juga seorang peguam berkata, beliau belum menonton video terbabit.

“Apabila seseorang terlibat dalam jenayah maka orang ramai ada hak untuk menahan individu tersebut.

“Dalam hal video seks ini orang ramai boleh menahan Datuk T….tapi ianya lebih baik dilakukan oleh pihak polis,” katanya.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan Abdul Rahim menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis.

Mereka mengaku bertanggungjawab menjemput wakil media menonton klip video seks tersebut.

Anwar membuat laporan polis berhubung video itu dan pasukan keselamatan itu telah mengambil keterangan dari ketiga-tiga individu berkenaan.

Menurut Karpal dalam undang-undang tidak bertulis, individu yang terlibat dengan jenayah boleh ditahan tanpa waran.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata kerajaan negeri akan memantau keadaan dan jika perlu tindakan undang-undang akan diambil.

“Kerajaan negeri akan pantau keadaan dan jika perlu kita akan ambil tindakan agar mereka yang terlibat menyebarkan video itu dibawa ke penghakiman,” katanya.

Pada Ahad lalu, klip video seks itu selama 1 minit 47 saat telah dimuat naik ke laman web Youtube, dan semalam di laman sosial Facebook.

Namun satu notis dikeluarkan oleh pihak Youtube pada 11.35 malam semalam berhubung pengeluaran video itu dari laman web itu dengan menyatakan ‘ia melanggar polisi berhubung kandungan video yang mempunyai aksi seksual’.

Sementara itu, Ismail menafikan klip video berkenaan dibocorkan oleh pihak polis.


Ulasan GB

Benar. Jika polis berdolak-dalik untuk menahan Datuk T, maka mereka sepatutnya tidak boleh menghalang untuk rakyat melakukannya di bawah public arrest.

Terlalu memalukan jika pihak polis dilihat oleh rakyat bersekongkol dengan pihak konspirator video seks ini apabila pihak polis sehingga hari ini tidak/belum lagi menahan ketiga-tiga Datuk T yang telah JELAS melakukan kesalahan.

Rakyat begitu hampa dan kecewa kerana polis tidak menjalankan amanah dan tangungjawabnya secara adil dan berkecuali.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa dia tk pi tangkap je ..dia pun rakyat jugak....

mimee berkata...

apa yang saya nak nasehat dan katakan!
biarlah polis menjalankan tugasnya dengan baik berikanlah mereka masa dan ruang untuk menjalankan siasatan,kita sebagai rakyat jangan terlalu ikutkan perasaan menuduh sesiapa atau di kaitkan tak baik. kita pun belum tentu baik sebagaimana,masing-masing semua ada kelemahannya ingat kita jangan jadi lemah dari hasutan yang kurang baik. (ini nasehat dan pandangan dari saya............)

Tanpa Nama berkata...

kerja menangkap penjenayah memanglah kerja polis.... jadi biarlah polis yg tangkap penjenayah tu... polis taulah keje dia.... tak kanlah polis terus nak tangkap seseorg yg dikatakan penjenayah oleh pihak pembangkang... sedangkan dlm pihak pembangkang pun rasanya ramai penjenayah...

Tanpa Nama berkata...

hoi anon 11:51

dalam polis pon ramai penjenayah ler

baru2 ini kuar berita polis edar dadah, polis terlibat dlm sindikat seludup kereta, polis peras ugut org awam dll

dlm kerajaan lagi ramai penjenayah... perasuah, perompak harta rakyat dan sebagainya