8 Apr 2011

Kes Kematian Sarbani: Polis Beri Alasan Serupa Teoh, Mangsa Jatuh Bangunan

Kematian Ahmad Sarbani Selari Kesan Jatuh Bangunan

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan enam orang setakat ini dalam siasatan kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka yang diambil keterangan termasuk dua pegawai SPRM yang digantung kerja berhubung kes tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini beliau berkata polis juga telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan itu untuk dianalisa.

Mengenai bedah siasat atas jenazah pegawai kastam berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beliau berkata bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya.

Kelmarin, mayat Ahmad Sarbani ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala.

Sebelum itu beliau datang ke pejabat SPRM itu pada kira-kira 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat.

Selain itu, Zulkifli berkata polis kini sedang mengikuti beberapa petunjuk yang diperolehi bagi meneruskan proses siasat kes terbabit.

"Ada petunjuk tertentu yang kita sedang ikuti, tapi kita tak nak dedahkan sebab kita tak nak wujudkan kebimbangan yang keterlaluan... biarlah pihak polis menyiasat secara terperinci," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata polis memandang serius kes tersebut dan akan menjalankan siasatan daripada semua aspek.

"Dari hari pertama saya ada di tempat kejadian...ini menunjukkan betapa seriusnya kita memandang kes ini. Kita juga wujudkan pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah untuk siasat kes ini.

"Kita akan siasat dari semua aspek dan buat masa ini saya berharap semua pihak bersabar dan saya tidak dapat mendedahkan semua sekali bagi mengelakkan sebarang spekulasi," kata Zulkifli. -BERNAMA


50 Anggota Polis Berkawal Di Hadapan Pejabat SPRM Selangor

Seorang lelaki ditahan polis kerana menyertai demo di depan pejabat SPRM

SHAH ALAM: Kira-kira 50 anggota polis berkawal dihadapan Wisma PKPS yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi mengelakkan demonstrasi berhubung kematian Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat memasuki pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.10 pagi.

Beliau dilaporkan mengadakan pertemuan dengan pegawai SPRM bermula pukul 10.40 pagi tadi.

Ahmad Sarbani dijumpai mati di tingkat satu berhampiran gelanggang badminton bangunan SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Beliau adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bagaimanapun Ahmad Sarbani dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu Rabu lalu untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. -mstar


Ulasan GB

Konsisten dengan jatuh bangunan? Alasan yang serupa semasa insiden Teoh Beng Hock yang diberikan. Kemudian mereka akan panggil ahli patologi untuk menjustifikasikan kenyataan tersebut.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta rakyat agar jangan menyamakan kes Ahmad Sarbani dengan kes Teoh tetapi pada hari ini polis sendiri menggunakan alasan yang sama untuk kematiannya.

Polis perlu buktikan samada ianya dilakukan oleh mangsa sendiri atau dilakukan oleh orang lain. Polis perlu mendedahkan CCTV sebagai bukti.

Tiada alasan lagi untuk tidak mempunyai rakaman CCTV kali ini. Rakyat tidak akan dapat menerima alasan sedemikian lagi kerana cukup dengan kematian Teoh yang CCTV gagal untuk merakam keseluruhan insiden (atau telah dipadamkan?)



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betoi la, dia mati jatuh bangunan. tapi macam mana bolej jatuh, ada orang tolak ke....buat apa keluar statement budak tadika tu, sedangkan postmortem belum keluar. Pandai depa nasihat orang jangan buat andaian sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Anjing..mana pandai??? yang pandai tuannya. Anjing ikut arahan tuannya......

FARISZ@AZ.Com berkata...

Jika kematian disebabkan jatuh bagunan,perlu pihak polis jelaskan punca ia jatuh bagunan.samada bunuh diri atau dicampak oleh pihak lain.perlu juga pihak polis jelaskan wujudkah kecederaan lain seperti dicekik sebelum jatuh bagunnan(jika ia wujud).

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul lah
kes macam tu memangler di kata mati mengejut sebelum disiasat sekiranya ada perkara-perkara yang menuju kearah kemalangan/pembunuhan.

Takkan nak kate kerana hantu ..ditolak roh TBK...keh keh kalau nak kait dgn TBK ler. Tapi elok juga supaya bangunan SPRM bahagian penyiasatanya dibuat dalam tanah atas paras tanah keh keh..polis ada lokap.SPRM takder ker tempat khas nak pastikan depa tu diletakkan ditempat selamat bila berurusan.SPRM ni sangat budiman ler..

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa panggil Pontrib bila buat post mortem

Tanpa Nama berkata...

i help you,you help Me.sama sama telan rasuah.. perabis wang cukai rakyat.