Lenggeng: Seramai 109 pendatang tanpa izin yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng di sini, melarikan diri selepas merusuh dan membakar blok yang mereka duduki, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, seramai 348 pendatang tanpa izin lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun merusuh selepas mendakwa makanan disediakan tidak mencukupi dan mengambil tindakan membakar tingkat atas blok dua tingkat itu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan, berkata dalam kejadian itu, seramai 109 pendatang tanpa izin iaitu 85 warga Myanmar dan selebihnya warga Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Iran bertindak melarikan diri melalui pagar dawai yang hanya 10 meter dari blok berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga jam 8 malam semalam, seramai 35 tahanan berjaya ditemui semula sekitar kawasan ladang kelapa sawit, hutan dan rumah di kampung berhampiran.
“Kejadian berpunca selepas mereka mengadakan rusuhan yang kononnya tidak mendapat makanan cukup dan sedap ketika berada dalam tahanan.
“Selepas itu mereka bertindak membakar blok didiami dan keluar melalui pagar dawai,” katanya pada sidang media di Depot Tahanan Lenggeng, di sini, semalam.
Seramai 925 penghuni ditempatkan di tiga blok depot tahanan itu, melebihi jumlah sepatutnya, iaitu seramai 750 orang. Berikutan itu, sebahagian mereka akan dihantar ke depot lain untuk sementara waktu dalam tempoh terdekat antaranya ke depot di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Abdul Manan berkata, seramai 200 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama imigresen dan RELA kini sedang giat mengesan baki pendatang tanpa izin yang dipercayai masih berkeliaran sekitar kawasan itu.
“Kita akan menjalankan siasat. Kebanyakan pendatang tanpa izin yang sudah berada di sini dari tiga bulan hingga setahun enggan pulang ke negara asal dan memilih untuk ke negara ketiga yang memerlukan proses lama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Depot, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohmed Asri Yusof dalam satu kenyataan berkata, Ketua Setiausaha Dalam Negeri sudah melantik jawatankuasa untuk menjalankan siasatan kejadian rusuhan yang berlaku.
“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Audit Dalam KDN dan ahlinya terdiri daripada Pegawai Kanan Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan RELA," katanya.

SUARAM: KDN perlu siasat punca rusuhan dan tahanan melarikan diri
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan penyiasatan terperinci berhubung punca yang menyebabkan, insiden membakar bangunan dan tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada 4 April lalu.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Abdul Manan Mohd. Hassan, punca kejadian adalah disebabkan oleh kesesakan dalam blok di pusat tahanan tersebut, tempoh tahanan yang terlalu lama serta beberapa masalah pengurusan seperti penyediaan makanan kepada tahanan.
SUARAM yakin bahawa terdapat punca-punca lain yang menjadi penyebab kepada insiden rusuhan dan tahanan melarikan diri dari pusat tahanan imigrasi.
Berdasarkan siasatan bersama yang dilakukan oleh SUARAM, TENAGANITA dan Majlis Peguam pada insiden yang berlaku pada 21 April 2008 di depot imigrasi yang sama, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan kekerasan oleh pegawai imigresen dan angkatan relawan rakyat (RELA) yang bertugas di pusat tahanan merupakan punca yang menyebabkan rusuhan dan membakar bangunan. Selain daripada itu, kesesakan dalam blok, persekitaran yang kotor dan kelemahan dari aspek pengurusan antara faktor-faktor lain.
Berdasarkan laporan Working Group on Arbitrary Detention yang dikeluarkan Februari lepas bagi sesi lawatannya pada 7-17 Jun 2010 di Malaysia, masalah-masalah yang sama seperti penyalahgunaan kuasa serta penggunaan elemen penganiayaan ke atas tahanan, kesesakan, kekurangan sumber air bersih, persekitaran yang kotor serta tempoh tahanan yang lama masih berlaku dikebanyakan depot tahanan imigresen.
Insiden yang membabitkan 109 tahanan yang membakar bangunan lalu melarikan diri dari Depot Lenggeng ini membuktikan bahawa masalah-masalah tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian dan tiada sebarang tindakan proaktif diambil.
Menurut siasatan pihak polis, sebahagian tahanan yang telah melarikan diri juga telah hilang sabar akibat terlalu lama menunggu untuk proses penghantaran ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
SUARAM menggesa kerajaan khususnya KDN untuk melakukan penyiasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan bagi menangani masalah-masalah berkaitan pengurusan depot tahanan secara profesional, pencabulan dan penggunaan kekerasan oleh pihak penguasa yang terlibat serta pengurusan aspek hak asasi manusia di kalangan tahanan.
SUARAM juga menggesa Jabatan Imigresen memberikan akses kepada pencari suaka untuk bertemu mana-mana pegawai dari UNHCR untuk pengesahan status pelarian. Kerajaan khususnya KDN juga perlu melepaskan semua tahanan yang telah mendapat pengesahan dan di bawah perhatian UNHCR dalam kadar segera.
SUARAM juga menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan penyiasatan terbuka dan bebas bagi menyiasat punca insiden rusuhan dan tahanan melarikan diri serta melakukan siasatan berhubung pengurusan di depot-depot tahanan imigresen seluruh negara.
Akhirnya, SUARAM juga mendesak kerajaan meratifikasi Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian dan Protokolnya, 1967 bagi mengiktiraf dan mewujudkan kerangka perundangan domestik bagi melindungi pelarian dan pencari suaka di negara ini. -MR
*Kenyataan media oleh Andika Ab. Wahab selaku Koordinator SUARAM.
3 ulasan:
kalau diorang nih bawa ke sarawak undi bn mesti lepas tu cukup makan?
masalahnya semua polis dah pergi sarawak. lenggeng jadi lengang
Ini satu lagi spin bias mainan rejim untuk alihkan isu hangat kes rasuah adun lenggeng, najib terkantoi cakap sebab cover line adun lenggeng mustapha jadi diorg sengaja lepaskan 'kambing hitam' pengundi hantu pilihanraya, reka citer terbakarlah, kurang makanlah dan sebagainya. PAti itu lagi best apa dok kat dlm tu dah lar makan minum tanggung berak cangkung,tv ada, tilam ada kalau lari masuk hutan nak pergi mana??.. kem askar dan balai polis merata tempat ada dari lenggeng, paroi sampai senawang..buat apa pati tu nak susahkan diri buat rusuhan?...paling kurang 2-3 hari tangkap balik dgn askar/polis lepas tu pejam celik mata sampai pru13 hantar balik kg.
Catat Ulasan