13 Mac 2011

Kartun Berita Harian Persenda Tsunami Dikecam Rakyat Dunia - updated

Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya, lapor malaysiakini.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.

Sementara ini siaran kartun Berita Harian itu juga telah mendapat bantahan masyarakat dunia apabila CNN ireport turut memaparkan hal bantahan tersebut di lamanwebnya.

Komen-komen dari pengunjung lamanweb tersebut jelas kecewa dan marah dengan penyiaran karikatur yang tidak bertanggungjawab itu.


CNN iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.


Diantara komen yang ada ialah:

They poke a joke at this just because it's not happening at their own home. What does that tell you about BH's level of sensitivity?

Well done to the EDITOR IN-CHIEF !!! GR8 JOB ON HUMILIATING THE WHOLE MALAYSIAN. Now I am ashamed to be Malaysian.

This is outrageous! A total insult to Japan. Before insulting someone else, have you ever take a look at yourself? People are far more advance than you! You have no rights, under any circumstances to publish this kind of images. But since you have, commit to the consequences you have to suffer now. This is not what should be happening! We are all humans and we all have feelings. Doesn't it hurt for things...
Read more …



nota:

Sehingga jam 7.25 pm, lamanweb Berita Harian belum menyiarkan sebarang permintaan maaf kecuali melalui mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengarangnya menulis: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”


Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

TERKINI

BERITA HARIAN telah pun menyatakan permohonan maafnya melalui lamanweb sekitar jam 7:38:52 PM

Berikut ialah beritanya:

Berita Harian mohon maaf

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah mentaliti umno, tergambar pada akhbar mereka, penderitaan orang lain menjadi bahan jenaka mereka, begitulah kalau sesuatu bangsa itu tidak beragama...

Tanpa Nama berkata...

APA SALAHNYA KALAU UCAP TAKZIAH MACAM NIK AZIZ BUAT???

Tanpa Nama berkata...

Akhbar yang berfikiran singkat... mari seluruh rakyat Malaysia kita boikot akhbar celaka ini.

sim_2096 berkata...

pecat saja pelukis yang tidak sensitif dengan bencana tersebut,sebelum nak buat sesuatu fikir dulu akibatnya,lukisan tersebut memang mengguris hati

Putra IJ80 berkata...

Ini lah akibat manusia yg.selalu membelakangkan peringatan Allah.

Ada kejadian Bencana, di buat konsert bagi mengutip Dana.

Maka terlonjak lonjak lah mereka menyanyi menari.

Melukis kartun di jadikan bahan gurauan.

Nanti bila kena diri sendiri,baru dia tau.

illustrator baik berkata...

xde kaitan pon dgn umno ke pas ke ape2 parti politik pon...sape2 pikir mcm tu mmg fikir singkat...ini adalah idea illustrator tu sndiri...kalau salah pon salah illustrator tu...mane tahu illustrator tu duk dlm parti mane?

Tanpa Nama berkata...

dalam minta maaf masih dengan cakap2 kata dia org kutip derma dan sbgnya. dah nampak sangat tak bepa ikhlas dan demi menutup kesalahan mereka... tabung derma digunakan utk menghalalkan tindakan mereka. boikot aje akhbar mcm nie.

kalau company jepun tarik pelaburan akhbar nielah yg 100% patut dipersalahkan. disebabkan kartun tersebut juga telah mengakibatkan imej msia busuk.

ketua pengarang berkata...

Ketua Pengarang tu pun sama... kalau illustrator je yg buat, takkan la boleh lulus untuk cetakan.... biasanya ada seseorang yang luluskan sebelum diterbitkan.

Tanpa Nama berkata...

Ini memang keje org UMNO yg kurang didikan agama. Lukisan nie hampir sama dengan lukisan yg dibuat masa PRU Merlimau & Kerdau bagi memfitnah pemimpin Pas. Bodoh punya ahli UMNO bawahan yg sering kali diperbodohkan oleh pemimpinnya yg sedia ada bodoh.

jettlee berkata...

memang masyarakat kita sebahagiannya begitu... suka mempersendakan musibah, malapetaka, kesusahan orang lain.... bila kena pada diri sendiri... mulalah mempersalahkan orang lain.... bukannya nak bantu pun.. simpati pun tak ada...

Tanpa Nama berkata...

illustrator baik, bodoh tahap cipan dia nie. . kan ada editor, ketua editor . buat apa bayar gaji kat depa. . editor n ketua editor setuju n benarkan disiarkan ini bermakna mereka setuju dgn mesej yang ingin disampaikan. . simplekan jgn jadi bongok sgt atau kalau kita nie da bongok jgn tunguk kat org kita bongok

Tanpa Nama berkata...

org tengah bersedih dan menderita BH lak menpersendakannya....guna la akal fikiran sebelum nak siarkan sesuatu berita atau karikatur kepada umum.......

Tanpa Nama berkata...

inilah dia media perdana 1Malaysia "Berita Hairan" tidak peka kesenggaraan orang....mmg rakyat dh boikot media perdana ini.

zuraimi berkata...

apa lagi kasi tangkap lah pelukis tu ngan editor BH...mana polis tunggu arahan org politik ke???... kalu zunar diorg tuduh mcm... laju je gi tangkap siap sumbat dlm penjara...

mamat ZOY ni lagi macam haram.... patut campak dlm laut je....

Tanpa Nama berkata...

Jangan dipersendakan kesusahan orang lain. Nanti kena batang hidung sendiri padan muka.

AderienAhmad berkata...

berita dr CNN yg terang2 dr yahudi percaya lak??? apa kaitan lak kartun tu dgn UMNO, ni org yg BANGANG cuba campur adukkan politik dgn semua hal!!!cuba nak menghasut org membeci UMNO, dia ingat dia tu bagus sangat!!! fahami betul2 kartun tu, apa yg nak disampaikan... ni percaya idup2 kata org yahudi yg nak rosak org ISLAM dn MALAYSIA. masa kartun yg hina nabi dulu,ada depa nak jg kepentingan org ISLAM???!!!
katun BH yg d kelurkan menunujkkan bahawa tiada kuasa yg MAHA HEBAT melaikan KUASA ALLAH SWT.
datang la ULTRAMAN ke, superman ke power rangers ke, x akan mampu melawan kuasa ALLAH setelah DIA berfirman KUNFAYAKU~~

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya lukis kartun mcm tu, org jepun dulu datang ke tanah melayu pastu jajah dan pancung kepala rakyat tanah melayu takde sape pun ungkit, kartun mcm tu pun jadi isu ke....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum nak mengata orang tengok cermin dulu, baik sgt ke kite ni, bagus sgt ke kite ni, sempurnsa sgt ke kite ni,,, pikir-pikir kan lah. jgn smpi apa yg kite kata tu akan menbuat diri kite merana. ingat pantun lama ni..sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.