Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob (gambar) beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.
Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.
Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.
Ulasan GB
Polis perlu menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Andul Aziz dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull kerana mereka berdua diantara yang paling tegar menyatakan Teoh Beng Hock membunuh diri dengan melompat keluar dari sebuah tingkap di bangunan Masalam.

2 ulasan:
PDRM WAJIB SIASAT DUA MANGKUK INI ATAS KENYATAAN YANG BELUM PUN MUKTAMAD ! BAGAIMANA BOLEH MEREKA TERAMAT SANGAT TAHU MANGSA MELOMPAT ?
suruh je menteri nazri aziz terjun dr bangunan parlimen..berani ke tidak?
Catat Ulasan