21 Feb 2011

Pelajar Calon Pro-M Yang Hilang Ditemui Di Bangi


Kuala Lumpur, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut. -harakahdaily

Calon pilihan raya kampus UM ditemui selamat

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Calon pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar, yang dilaporkan hilang kira-kira 30 jam sejak petang kelmarin, ditemui selamat tengah malam tadi.

Pelajar itu ditemui rakan-rakannya dalam keadaan menangis di Masjid Terang Jenang, kira-kira 36 kilometer dari lokasi dia dikatakan hilang.

“Masturah kini berada di Sungai Buloh dan selamat bersama keluarganya,” kata pengerusi pro Mahasiswa Mohd Taufiq Abdul dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Bernama malam tadi menyebut, pelajar berkenaan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya.

Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang kelmarin semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen.

Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan “setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis. Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa, bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu yang berlangsung hari ini, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya.

Seramai 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah. -TMI


Calon pilihan raya Universiti Malaya didakwa hilang

Gambar: Mastura didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.

KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam. -kosmo


3 ulasan:

kembara putih berkata...

Zaman Najib ni macam2 perkara pelik berlaku. Biar la dia bertanding pilihanraya kampus. Hanya pilihanraya kampus, Najib tak perlu takut la.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai orang luar kita tidak tahu apakah pekara sebenar sudah berlaku. Kita hanya dapat meneka kejadian culik dan lepas itu sebagai satu permainan oleh pihak yang takut kalah.

Jika kita ikuti kisah pilihanraya dalam kampus, kita akan dihidangkan cerita yang hampir sama dilakukan oleh pihak UMNO Baru dan juga SPR dalam pilihanraya kecil. Contohnya seperti peraturan berat sebelah, tipu kertas undi, sabotaj, rasuah dan ugutan...

Kita percaya Masturah Abu Bakar sebagai calon Pro-M Universiti Malaya yang dikatakan hilang itu telah dirancang oleh pihak tertentu.

Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian berkempen kepada kehilangan seseorang.

Culik dan lepas jenis ini biasanya akan diberi suntikan dadah agar simangsa menjadi lemah, tidak mampu berfikir secara normal. Penjenayah juga akan mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan untuk membunuh sehingga simangsa rasa amat takut (truama).

Kita berharap apa yang diperkatakan seperti diatas tidak berlaku kepada Cik Masturah.

Amat merbahaya jika kejadian yang menimpa keatas Cik Masturah ini melibatkan kempen pilihanraya kampus. Barisan Nasional mesti dipersalahkan diatas kejadian seperti ini kerana dalam sejarah politik tanahair, UMNO pernah melakukan culik, ugut dan paksa terhadap ahli PAS demi memenangkan parti pemerintah.

Tanpa Nama berkata...

teringat tiga ekor katak yang hilang sebelum kerajaan pr perak tumbang, bila timbul tiga ekor katak tersebut sudah menyalin kulitnya.