24 Feb 2011

Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.

Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.

Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua! -ohbulan.com

Ulasan GB

Tahniah dari GB dan bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan pemberian/anugerahnya kepada selebriti terkenal yang bernama Daphne Iking.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang ni baru masuk melayu. Sebab tu namanya melayu. Kta tunggu perubahan sebagai muslimah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, semuga memeluk agama islam biarlah kerana keikhlasan bukan kerana ingin berkahwin saja. Tanggungjawab isteri adalah lebih kerana terpaksa mengajar hukum2 agama islam dengan lebih banyak masanya kerana mendidik bukan islam. Kalau dilihat penampilan je, macam tak berubah dari bukan kepada islam. Bukan dah banyak kes terjadi selepas kahwin bercerai dan keluar agama islam. Ini hanya memburuk agama islam.

Unknown berkata...

Alhamdulillah, semuga memeluk agama islam biarlah kerana keikhlasan bukan kerana ingin berkahwin saja. Tanggungjawab isteri adalah lebih kerana terpaksa mengajar hukum2 agama islam dengan lebih banyak masanya kerana mendidik bukan islam. Kalau dilihat penampilan je, macam tak berubah dari bukan kepada islam. Bukan dah banyak kes terjadi selepas kahwin bercerai dan keluar agama islam. Ini hanya memburuk agama islam.

bunbinban berkata...

jgn di bebankan tanggungjawab itu keoada dapne shj. Si suami yg sepatutnya di pertanggungjawabkan dlm situasi ini. Dapne seorang muallaf dan tugas si suami untuk membimbingnya.

Tanpa Nama berkata...

Harap Dahlia ikuti kelas agama di PERKIM.