Pelakon lelaki popular dicekup JAIS
HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Gambar hiasan
Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.
Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.
"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam. - Kosmo

6 ulasan:
Penting sangat ke benda ini pun nak post juga ?
Berita diciluk dari kosmo.
Memang penting dan relevan di dalam usaha "amal-makruf nahi munkar".
Moralnya: Jangan merasakan duduk di apartmen mewah, perbuatan mungkar boleh dilakukan secara wewenangan, samada artis, ahli politik atau seiapa saja.
Masyarakat Islam seluruhnya (tidak terhad hanya kepada JAIS) perlu sesama membenteras gejala yg merosakkan ummah seperti di atas.
Penyakit jalang - bohsia dan bohjan dah mula menyerang artis pulak dah!
Pengamal ajaran seks bebas dari barat katakan....
salam kawan, rumah setinggan pun tak terlepas daripada perbuatan-perbuatan mungkar nie, cuma tak masuk berita sebab bukan artis atau ahli politik...hehehehe..jangan duk pikir yang wat jahat semuanya artis, orang kaya dan ahli politik..
Bagitau je la sapa nama artis tersebut. Nak rahsia buat apa kemendenya. Sangat baik untuk masyarakat mengetahuinya. GB nak bela artis ke ?
artis patut jadi contoh kpd org ramai..sbb tu brita psal artis ni patut di beri perhatian..spy org ramai blh bezakn artis yg mberi manafaat pd org ramai, ataw artis yg byk beri musibah pd org ramai..
Catat Ulasan