12 Feb 2011

Mesir & Malaysia Ada Persamaan, Amalan Berat Sebelah Pentingkan Kroni

Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.

Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik dan melaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

“Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja. -SH

Ulasan GB

KRONISMA - adalah tag penting di dalam sistem pemerintahan BN.

Kerajaan BN yang mengamalkan dasar berat sebelah di dalam pemerintahan dengan menekan negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menggunakan segala jentera kerajaan mengundang kemarahan rakyat.

Rompakan royalti milik Kerajaan PAS Kelantan oleh rejim UMNO BN adalah bukti nyata terhadapnya.

Najib tidak perlu menafikannya dengan sekadar berslogan "rakyat didahulukan". Jika benar akyat didahulukan, hormati konsep federalisma, akui bahawa BN telah tewas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah di dalam pilihanraya 2008. Tetapi apa yang anda lakukan? Rampas Perak dan menindas/menekan kerajan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Dan Tuhan tidak pernah tidur atau lalai mengenainya.


1 ulasan:

shah berkata...

bn just tunggu ajal....