1 Feb 2011

Merlimau: PAS Lebih Berpotensi Untuk Wakili Pakatan Rakyat

Merlimau: Pakatan bincang sama ada letak calon PAS atau PKR

SHAH ALAM, 30 Jan — Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan sama ada akan meletakkan calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di sini hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: “Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ.”

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. — Bernama



Petikan dari malaysiakini

Di sebelah Pakatan Rakyat pula keadaan yang berbeza dapat diperhatikan apabila PAS dan PKR masing-masing bersungguh-sungguh untuk meletakkan calon daripada parti masing-masing.

Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman nyata kesal dengan tindakan PKR sebelum ini yang membuat kenyataan untuk meletakkan calon daripada parti itu.

Abdul Ghani berkata, PKR tidak sepatutnya berbuat demikian tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan anggota Pakatan
.

Tambahnya, beliau menghormati keputusan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) untuk bertanding di DUN Merlimau.

Namun, beliau berpendapat tindakan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran di antara kedua-dua parti itu memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS.

"Kita akan bertanding di situ," tegasnya dan menambah, PAS negeri telah mengadakan dua pertemuan sejak Jumaat lalu untuk membincangkan persiapan berkenaan.

Abdul Ghani yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, parti itu juga akur kepada kehendak PKR untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Katanya lagi, PAS turut memberi peluang kepada Shamsul Iskandar untuk bertanding di kerusi parlimen Tangga Batu walau kerusi berkenaan merupakan kawasan tradisi PAS.

Begitu juga pada pilihan raya umum 2008 apabila Shamsul Iskandar diberi ruang bertanding di Terengganu walau kawasan berkenaan pada asalnya dikhususkan kepada PAS.

"Jadi,Shamsul sepatutnya menghormai status quo berhubung perkara yang telah diputuskan sebelum ini," kata Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga berkata, kerusi Merlimau mempunyai potensi lebih besar kepada PAS, berbanding pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang sedang berlangsung.

Parti itu sebelum ini menurunkan yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang untuk berdepan Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.

Jasme berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 2,154 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir sebelum itu menang dengan majoriti lebih 5,000 undi ketika menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya umum 2004.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan susulan kematian Mohamad Hidhir pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan dan membuang undi bagi pilihan raya berkenaan pada hari Jumaat.


Ulasan GB

PAS telah terlalu banyak berkompromi. Terlalu banyak memberi ruang kepada PKR selama ini. Terlalu berlembut sedangkan PKR yang sedang menghadapi penyakit kronik dengan beberapa orang ahli parlimen dan DUN telah meninggalkan parti tidak pernah mahu membetulkan perjalanan parti mereka.

Di Merlimau, calon PAS lebih berpotensi. Sekalipun Ketua AMK merasakan dirinya hebat, tetapi beliau bukan anak tempatan Merlimau, dan telah diberikan peluang berkali-kali oleh PAS kerana ketamakannya untuk bertanding - tetapi tidak pernah pun menang malah kalah di kerusi yang pernah dimenangi PAS seperti Dungun.

Pada masa ini, PKR sepatutnya mengambil peluang membetulkan perjalanan parti mereka yang tercemar teruk akibat penipuan di dalam Pemilihan 2010, bukan untuk merebut kerusi PAS. Satu dunia telah tahu mengenai kepincangan perjalanan pemilihan PKR 2010tetapi belum ada langkah positif diambil oleh pucuk pimpinannya untuk mengatasinya.

Justeru itu, PAS dilihat lebih berpotensi dan lebih layak bertanding di DUN Merlimau.

1 ulasan:

Waris berkata...

Antara pas & pkr kedua2nya ada masalah. Masalah pas ialah parti ini dipimpin oleh pemimpin yg kurang bijak. Masalah pkr pula ialah keadaan parti yg tunggang langgang berebut jawatan serta melompat2. Pilihlah g terbaik antara keduanya. Kalau diukur dari taat setia pd parti saya kira pas ada kelebihan. Kalau bagi pd pkr takut nanti bila menang melompat pulak. Bagi pd pas pulak takut juga bila menang nak berpadu dgn umno. Susah nak cakap manusia ni... Susah2 serahkan pada dap atau parti baru zaid atau tak payah masuk pilihanraya terus. Kami rakyat pun sebenarnya dah bosan dgn kerenah ahli politik ni...