6 Feb 2011

Ditangkap Berkhalwat Sempena Cuti Tahun Baru Cina

Batu Pahat – 12 pasangan dicekup khalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam satu operasi yang dilakukan sempena Tahun Baru Cina, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, 12 pasangan ini berusia antara 20 sehingga 40 tahun termasuk lima lelaki warga Bangladesh yang dicekup bersama pasangannya warga Kemboja yang bukan beragama Islam.

“Daripada tangkapan yang dilakukan, sembilan pasangan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

“Manakala tiga lagi pasangan akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan jika bersalah akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian.

Operasi itu juga melibatkan beberapa agensi lain seperti anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat, Cawangan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kluang, dan beberapa pegawai Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya serta Pontian

Dalam operasi itu juga, seorang ditahan SPRM kerana cuba merasuah pegawai penguta kuasa bagi mengelakkan dirinya didakwa.

Menurut Anuar, tujuan utama operasi ini dilakukan ialah untuk membendung masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing sekarang ini terutamanya yang melibatkan golongan remaja.

“Bagi operasi pencegahan ini, tumpuan dilakukan di kawasan terutamanya hotel-hotel dan taman rekreasi yang berkeadaan gelap.

“Jika orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian Hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141,” katanya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hemm.. mereka ini insan yang bersopan santun.. semuanya dilakukan dalam senyap dan mesra alam.. bukan ada sesetengah orang yang biadab berdemo ketika tahun baru cina.. hohoi.. --> inilah malaysiaku..

HHRS 2.0 berkata...

gigi jonggang jolokan muka tikus dari kedah mesti marah, mengamuk dan meludah-ludah kerana tak hormat hari tahun baru cina