Jitra: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.
“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.
Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.
Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.
Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.
Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.
“Selepas menyerang adik, dia menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala sebelum saya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya.
Dua beranak yang cedera itu dibawa ke HJ oleh jiran sebelum Siti Aminah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana kecederaan serius selain menghidap kencing manis.
Nurul Shuhada berkata, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun, manakala bapanya tiada di rumah kerana keluar ke kedai makan.
Remaja itu mendakwa sejak madu ibunya berpindah ke situ, kedua-dua mereka kerap bertengkar kerana ibu tirinya terlalu cemburu.
Nurul Shuhada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini, petang semalam.
Jiran mangsa, Nang Yah Nik Salleh, 52, ketika ditemui berkata dia terkejut apabila ternampak mangsa terduduk di pintu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan melambai-lambai meminta tolong kepadanya yang berada kira-kira 10 meter dari rumahnya.
“Sebelum itu saya terdengar suara orang menjerit dan bergaduh. Apabila keluar rumah saya nampak Aminah dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang ketakutan segera memberitahu jiran lain sebelum mereka membawanya ke hospital,” katanya.
Nang Yah berkata, sejak kedua-dua madu itu tinggal serumah, dia kerap terdengar mereka bertengkar, tetapi tidak menyangka isteri kedua itu sanggup bertindak sedemikian.
Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah.
“Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.
“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Difahamkan, selepas kejadian itu isteri keduanya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kuala Nerang.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.
Katanya, polis mengesan suspek bagi membantu siasatan. -hm
Pengajaran
Yang mengamalkan poligami, perlu ambil iktibar. Jika suami tidak/belum dapat mendidik isteri-isteri supaya mencintai Allah dan Rasul lebih dari mencintai dirinya, maka hati wanita mana yang tergores dan tak marah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan