Ipoh: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau.
Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.
“Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka.
“Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.
Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya.
“Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau.
“Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan.
“Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini,” katanya.
Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu.
“Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata.
“Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci.
“Selepas merampas semua DVD berkenaan, saya dan suami mengambil pendekatan berdiam diri untuk melihat reaksi anak apabila mengetahui rahsianya sudah terbongkar,” katanya.
Begitupun katanya, dia dan suami bersyukur apabila anaknya meminta maaf serta bertaubat tidak akan melihat lagi perkara seperti itu.
Katanya, selepas menyoal anaknya dari mana DVD berkenaan dibeli, dia membawanya dan suami ke deretan bangunan kedai yang terletak berdekatan sebuah restoran mamak tidak jauh dari rumahnya.
“Saya dan suami terkejut melihat terdapat bukan satu, tapi tiga premis secara terbuka menjual DVD dan VCD (video cakera padat) pelbagai jenis filem yang dipercayai cetak rompak berdasarkan harga ditawarkan iaitu sekitar RM5 hingga RM15 sekeping. “Malah, ketika berpura-pura masuk sebagai pelanggan, saya mendapati cerita animasi seperti dibeli anak saya diletakkan di bahagian terbuka.
“Suami memberitahu filem lucah turut dijual di satu sudut tersorok di bahagian belakang salah satu premis berkenaan. Saya pelik bagaimana premis yang terletak berhampiran kawasan perumahan ini boleh beroperasi secara terbuka.
“Yang pasti, ia jelas menunjukkan kecacatan dalam bidang penguatkuasaan pihak bertanggungjawab,” katanya.
Rozilawati berpendapat antara punca penularan gejala sosial di negara ini disebabkan remaja, termasuk kanak-kanak mudah terdedah kepada perkara negatif seperti melihat cerita berunsur lucah.
Moralnya
Fikir dan kongsi bagaimana bertindak segera untuk selesaikan masalah umat Islam terutama remaja dan anak-anak sekolah yang kini diserang dengan pelbagai gejala hedonima?

2 ulasan:
tahniah pada pn Rozilawati yg lekas2 perihatin, remaja mana yg tak Nakal..
jadi ibu bapa harus memainkan peranan
sebelum kenakalan bertukar menjadi kejahatan
Pn Rozilawati kena segera melaporkan premis berkenaan terhadap pihak yg berwajib agar perkara ini tidak berulang dan menular kepada remaja, mahupun masyarakat kita... Pihak yang berwajib juga seharusnya melakukan pemantauan dari masa ke semasa supaya langkah pencegahan penjualan CD / DVD lucah tersebut dapat ditangani.. Harap maklum ... :)
Catat Ulasan