11 Jan 2011

[Video & Bergambar] Ada "Hari Tanpa Seluar Panjang" Di NY!

Hari tanpa seluar panjang di New York

SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi

Ulasan GB

Tak lama lagi akan ada Hari Tanpa Pakaian. Ia menandakan kembalinya manusia ke darjat binatang.










3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut lancar hari tanpa BN dan UMNO pula?

Tanpa Nama berkata...

patut ada hari akhbar tanpa berita UMNO

Tanpa Nama berkata...

patut ada hari tidak membaca surat khabar perdana dan tidak menuntun tv.