9 Jan 2011

Nyaris Maut Kereta Terbalik Kerana Kejar Lampu Isyarat

Akibat Kejar Lampu Isyarat Hijau

Seremban, 8 Jan -- AKIBAT... ingin mengejar lampu isyarat hijau di persimpangan jalan seorang pemandu dan rakannya nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain lalu menyebabkan kereta mereka terbalik dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 9 malam di Persimpangan Taman Desa Dahlia Taman Kobena, Senawang dekat sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang di pandu dari arah Senawang Jaya cuba memecut untuk melepasi lampu isyarat di persimpangan itu. Pada masa yang sama sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki dua orang lelaki keluar dari arah simpang Taman Desa Dahlia dan menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.

Ekoran dari perlanggaran itu menyebabkan kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu terbalik manakala kereta Proton Saga itu turut remuk di bahagian depan kereta.

Kedua-dua penumpang Proton Wira itu yang mengalami kecederaan di badan dan kaki di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan manakala kedua-dua penumpang kereta Proton Saga itu tidak mengalami kecederaan.

Pengajaran

Hijau: jalan Kuning: bersedia Merah: berhenti

Ambil iktibar dari kes kemalangan di atas. Ramai pemandu yang berkejar-kejaran memecutkan kendeaan apabila melihat lampu hijau sudah berkelip-kelip, sedangkan ia sepatutnya isyarat untuk pemandu memperlahankan kenderaan.


Tiada ulasan: