Alor Setar: “Kebakaran ini terlalu pantas dan tidak sampai 10 minit api marak sehingga memusnahkan keseluruhan bilik,” kata Ahmad Firdaus Lokman, 25, pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, awal pagi semalam.
Gambar: PELAJAR sekolah agama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam, menyusun sebahagian kitab yang masih boleh digunakan dan gambar kanan pula pelajar membantu mengangkat zink yang rosak selepas maahad itu terbakar. - Foto Shahrizal Md Noor
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, kebanyakan pelajar bercuti, manakala sebahagian kecil tinggal di beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.
Ahmad Firdaus berkata, ketika kejadian, dia berehat dalam sebuah bilik di tingkat atas bangunan terbabit apabila ternampak api marak membakar bahagian atas pusat pengajian itu.
Katanya, dia memanggil rakannya, Abdul Rufie Ismail, 19, yang berada di bilik bersebelahan supaya menyelamatkan diri dan memberitahu pengetua mereka, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, mengenai kejadian itu.
Kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.
“Kami cuba memadamkan api, tetapi ia marak terlalu cepat dan menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
“Kebakaran ini merosakkan banyak barang milik saya termasuk komputer bimbit, telefon, buku, kitab, pakaian, dompet dan wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM5,000.
“Saya sedih dengan kejadian ini kerana pada Ogos nanti saya akan menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, namun dengan kejadian ini, ia menyukarkan saya ke sana,” katanya.
Sementara itu, Mohd Rodhi berkata, maahad itu yang dibina sejak 1998 mempunyai 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.
Mohd Rodhi berkata, kebakaran itu menyebabkan mereka kerugian kira-kira RM150,000.
“Ketika kejadian saya mengadakan mesyuarat bersama lima guru di tingkat bawah sekolah dan terdengar riuh-rendah orang ramai di luar bangunan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba Jalan Raja, Mohamad Shukri Nayan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.57 pagi dan mengerahkan tiga jentera bersama 14 anggota untuk memadamkan api. -hm
Ulasan GB
Semuga Allah kurniakan ketabahan kepada pihak sekolah dan para pelajarnya menghadapi mubah/ujian Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan