16 Jan 2011

Kenapa BERNAMA Kelam-Kabut Laporkan Kes Pramugari Malaysia Mati Di Amsterdam?

Polis Amsterdam Tolak Unsur Jenayah Dalam Kematian Pramugari MAS

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam Jumaat lepas.

Jurucakap Wisma Putra berkata Ahad polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui kira-kira 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.

Bercakap kepada pemberita semasa melancarkan kempen balik kampung rumah selamat di USJ Summit di sini, beliau berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan polis Amesterdam bagi menyelesaikan kes tersebut.

Sementara itu, Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, MAS kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Amsterdam yang sedang menyiasat untuk menentukan sebab-sebab kematian Chin.

Azharuddin berkata pihak MAS sedih dengan berita kematian Chin secara mengejut itu.

Kehilangan beliau disedari bila beliau gagal melaporkan diri untuk taklimat pra-penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata Chin menyertai MAS pada 1997 dan rekod perkhidmatannya sepanjang masa adalah cemerlang.

"Chin disifatkan oleh rakan sebagai cukup berdisiplin, mesra dan peramah. Beliau meninggalkan suami dan seorang anak ," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah menasihatkan pramugara dan pramugari semasa di luar negara, berjalan secara berkumpulan dan tidak bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chin.-- BERNAMA


Berita sebelumnya:


Kematian pramugari MAS akibat perbuatan jenayah, kata polis Amsterdam

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam, pagi Jumaat lepas adalah akibat perbuatan jenayah.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut, oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.

Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah.

Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail. — Bernama


Ulasan GB

Apa sudah jadi dengan agensi berita nasional BERNAMA ini.

Sudahlah berita-beritanya kebanyakannya tidak objektif dan tidak berkecuali, sehingga berita yang tak menyentuh politik pun lintang pukang.

GB ingat GB tersilap baca, rupanya wartawan TMI turut perasan...



3 ulasan:

Rahimi berkata...

salam gb... kerja gb mmg ngadap pc je hari2 ke?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Bernama pun dah berjangkit dengan penyakit Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Apa nak buat, depa pi belajak dekat guru yang sama .. AWANG YG TAK SELAMAT.

Tanpa Nama berkata...

Biasa dah kalo mana-mana rakyat Malaysia yang bukan Melayu ditimpa malang tiada sambutan oleh mana2 pihak untuk membantu lebih2 lagi pembangkang

MCA hanya minat kes2 Along dan projek sini sana jer. Wang tabung hanya untuk bantu anak cicit jer. Yang gelap itu Along dan yang cerah itu MCA serta PDRAM. Nama Ahlong Incoperated lebih sesuai buat Malaysia sekarang.

Datuk Mickey Chong Kelumpor dah tukar citarasa mengecara hal pompuan2 kena tipu sekarang ini. Dah tak berani nak paper hal2 rakyat dikejar Along. Siang hari tolong mangsa Along dan malam hari kelab malam bersama Along. Entah bila nak dapat pangkat Tun. Hisaputin boleh rekomen.

Dari awal kata2 RPK memang ada logik, Along Johor kontrol 1Malaysia. Mungkin itu pasal BN kuat disana. Rakyat Johor memang malang, terpaksa hidup dengan Along gelap dan cerah serta tambahan xtra istanu. Hairan apa beza Along dengan gengstar.