5 Jan 2011

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fasakh

Justynn Cassandra, isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun. -mstar

Gambar Fail


Rozali Ismail dengan isteri pertamanya, Faridah

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia nak tabur air dia, habis air orang selangor disedutnya...


Allah tak redha, walau kaya macam mana pun hidup tak akan bahagia sampai akhirat sebab hidup atas kesusahan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau jadi janda maukah dia kahwin dengan aku?.

Tanpa Nama berkata...

sy knl dan baik dengan justynn nie..
kesian selama berkahwin asyik menderita..memang wajar dia minta cerai..dia kata selepas cerai dia mahu hidup seperti orang biasa tanpa bodyguard yang selalu ikut ke hulu ke hilir..katanya dia mahu jadi seorang teacher sesuai dengan jurusan yang diambil di uitm dulu..bagus la semoga dia lebih bahagia selepas ini..by the way dia dari sekolah menengah memang cun..cikgu pun terpikat..anak mat salleh katekan..mak org melayu..