9 Jan 2011

[Bergambar] Sultan Kelantan Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaram

Sultan Muhammad Ke-V Di Gua Musang

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 7 Januari 2011, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam keberangkatan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui jalan darat, telah meluangkan masa selama sehari semalam untuk bersama-sama dengan penduduk di sekitar jajahan Gua Musang.

Aturcara Tuanku pada hari itu dimulai dengan majlis solat Jumaat bersama-sama para penduduk di Masjid Mukim Sungai Terah yang diikuti oleh pengurniaan sumbangan kewangan kepada masjid tersebut, pengurniaan bantuan zakat kepada 100 fakir miskin dan pengurniaan geran tanah kepada 31 penduduk di sekitar jajahan tersebut.

Setelah santap bersama-sama para pembesar, pemimpin dan pegawai kerajaan di Istana Persinggahan Gua Musang, Tuanku kemudiannya meluangkan masa untuk melawat tapak kebakaran membabitkan 43 keluarga di Bandar Lama Gua Musang di samping memberikan bantuan material dan sokongan moral kepada kesemua mangsa yang terlibat.

Pada sebelah malamnya pula, Tuanku meluangkan masa untuk meraikan kira-kira 200 penduduk kaum asal di sekitar jajahan tersebut dengan menganjurkan satu majlis barbecue khusus untuk mereka di Istana Persinggahan Gua Musang. Bagi melahirkan penghargaan mereka kepada Tuanku, penduduk-penduduk asal tersebut telah menyajikan beberapa persembahan tradisional, termasuk tarian rewang, kepada Tuanku.

Disertakan di sini beberapa keping gambar yang berkaitan untuk tatapan semua.

Terima kasih.


































umber: thekelantaninsider

4 ulasan:

Waris berkata...

Aku berkenan sungguh dgn perwatakan sultan ni tak mcm sultan negeri lain. Baru boleh dikategorikan sebagai ketua agama Islam. Sultan negeri lain nak mengaku ketua agama Islam? Jgn buat pasal... buat malu dgn sami buddha & hindu je. Pernah ke kita nampak sami2 pergi kedai kopi batu keras yg penuh dgn minuman keras? Tapi ketua agama Islam negeri buat mcm2 hal yg bertentangan dgn Islam. Sampai mufti dan ulama yg berserban besar bakul pun terpaksa refer pd sultan utk keluar fatwa. Tahu ke sultan2 ni tentang hukum kalau halal haram semua dibedal? Lepas tu merayu2 minta dihormati. Lebih baik dicadangkan sultan2 ni menjadi ketua agama selain dr Islam. Jgn rendahkan Islam dgn berketuakan org yg tak tau hukum.

Tanpa Nama berkata...

sultan ni style la

ubi kentang berkata...

alhamdulillah....

rakyat kelantan bahagia mempunyai as-sultan yg amat perihatin......
mesra rakyat...
didampingi ulama' tersohor....tok guru yg disayangi....
rakyat lebih senang raja begini....
sejuk hati....
raja yg humble dan sporty......

daulat tuanku........

Tanpa Nama berkata...

Daulat tuanku....barulah tak sia-sia ada sultan...tak macam yang lain..!!