24 Feb 2010

Khalid Ketuai Jawatankuasa Kaji Enakmen Islam Selangor

TMenteri Besar Selangor tidak menetapkan sebarang syarat bagi menubuhkan jawatankuasa bagi meminda enakmen agama Islam di negeri itu, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun telah menyarankan kepadanya supaya tidak membentuk jawatankuasa berkenaan di peringkat negeri.

Jawatankuasa itu akan berperanan mengkaji enakmen agama Islam yang melibatkan orang bukan Islam, khususnya berkaitan penggunaan kalimah suci dalam Islam.

Turut dikaji ialah soal pemberian tauliah untuk menyampaikan ajaran Islam dan juga mengenai jawatan pengarah dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jawatan pengarah JAIS itu perlu dikhaskan kepada orang yang mempunyai latar belakang agama," tambahnya.

Jelasnya lagi, ketetapan untuk tidak membentuk jawatankuasa itu di peringkat negeri diambil memandangkan kerajaan Selangor terlibat secara langsung dalam menasihati Sultan yang menjadi ketua agama Islam di negeri itu.

"Lebih baik kerajaan negeri tidak terlibat pada peringkat ini dan saya akan membentuk (jawatankuasa itu) atas dasar kumpulan berkepentingan bersama individu tertentu," katanya.

Perkara itu, kata Khalid, diputuskan selepas menyerahkan kertas cadangan dan mengadakan perbincangan selama kira-kira sejam di pejabat menteri besar di Shah Alam petang ini.

"Isu agama ini memang di bawah sultan. Sultan akan dinasihatkan oleh MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"MAIS ini dianggotai juga oleh mufti, maka sultan juga perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya, beliau kini bercadang memanggil beberapa tokoh Islam untuk turut menganggotai jawatankuasa tersebut, antaranya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, serta beberapa tokoh lain, termasuk Dr Mohd Nur Manuty, Dr Badrul Amin dan Sallehen Mukhyi.

"Pendakwah ini berasa begitu tersekat dengan adanya enakmen-enakmen berkenaan," katanya.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah soal penempatan semula sejumlah 200 keluarga di Kampung Rimba Jaya Shah Alam.

Menurut Khalid, penduduk berkenaan masih tidak mempunyai tempat tinggal tetap selepas penempatan setinggan itu dirobohkan pada 2003. -malaysiakini



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu lagi..

aku harap Exco agama selangor, MAIS atau JAIS tolongla selesai isu perbalahan mazhab khalaf - salaf ni.ambik la jalan tengah, pemikiran wasatiyyah, kata Qardhawi.

aku kesal jugak. ingat bila PAS pegang post ni, boleh la selesaikan masalah fitnah umat Islam yg dah berkurun ni, sbb silibus tarbiyah PAS sendiri ambilkira kedua2 tu.

sepatutnya bila pegang agama kt negeri ni, terap ajelah pemikiran wasatiyyah yg didokong oleh PAS, bukan ambil satu pandangan je

Tanpa Nama berkata...

elok singkir saja hasan ali dari pas, buat semak saja