11 Dis 2010

Perbetulkan PKR Segera Sebelum Rakyat Tolak Pakatan Rakyat

Konflik dalaman PKR menghakis sokongan terhadap PR

PETALING JAYA: Konflik dalaman, masalah imej dan indentiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini dijangka menghakis sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Demikian menurut pandangan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah ketika ditemubual oleh FMT sejurus beliau kembali dari Vietnam semalam.

"Tidak dapat dinafikan sama sekali secara persepsinya dan diperkuatkan lagi oleh data dari kajian yang dibuat oleh UM baru-baru ini, berlaku kemerosotan kepercayaan politik terhadap PR hasil dari masalah imej, indentiti dan konflik internal PKR sewaktu proses pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Ini paling ketara ketika berlangsung proses pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini. Ia lebih mendatangkan kesan apabila pemimpin-pemimpin PKR termasuk sebahagian calon bertanding tidak bijak memahami media, tidak bijak dalam mengatur perhubungan awam dan juga dari segi komunikasi.

"Ini telah mewujudkan gambaran corak atau fenomena yang mereka berkelahi sesama sendiri dan tidak mempunyai konsensus secara pragmatik, secara praktikal terhadap visi yang hendak mereka bawakan," terang beliau.

Menurut satu kajian yang dijalankan di dua negeri yang dikuasai PR, Kuala Lumpur dan Selangor oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) baru-baru ini, beliau berkata, "Kajian itu mendapati 52 peratus daripada 1,124 responden berkata konflik dalaman PKR telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan PKR.

Berdasarkan keputusan bancian itu lagi, sebanyak 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada akan meberikan undi mereka kepada PKR atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

PKR masih ada ruang

Bagaimanapun menurut Prof Abu Hassan lagi, keputusan tersebut masih bergantung kepada perkembangan semasa dan beliau tidak menolak kemungkinan PR, khususnya PKR sendiri masih mempunyai ruang untuk membaiki keadaan sebelum ketibaan PRU 13 nanti.

"Tetapi sejauh mana kemerosotan itu berlaku masih lagi dalam peringkat perkembangan. Kemungkinan ianya akan berubah atau sebagainya bergantung kepada demografi pengundi terbesar iaitu yang berumur 21 hingga 40 tahun yang kebanyakannya menyokong pemikiran alternatif iaitu PR.

"Jadi selagi tidak ada data demografi yang mewakili kelompok ini secara detail, masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi menarik semula kepercayaan tersebut," ujar beliau lagi.

Sebelum ini dalam perkembangan bancian yang dijalankan oleh Umcedel tersebut, Anwar mendakwa laporan media yang memburukkan nama parti dan imejnya tidak mendatangkan kesan. -FMT

Ulasan GB

Apa pun alasannya, PKR perlu dibersihkan akibat daripada konflik dalaman mereka ekoran Pemilihan parti yang tercemar dengan pelbagai kes penipuan.

Ia memerlukan keberanian, ketelusan dan kejujuran untuk mengakui fakta bahawa insiden penipuan itu MEMANG BERLAKU dan justerunya, PKR telah menjadi bebanan kpada Pakatan Rakyat.

Benar tugas utama kita ialah menumbangkan UMNO BN, tetapi kita juga tidak mahu apabila kita menjadi pemerintah kita juga melakukan kerja-kerja yang UMNO BN telah lakukan terhadap rakyat.

Kita tidak mahu kemenangan sementara, yang apabila kita menang kita dijatuhkan semula akibat dari kegilaan untuk berkuasa dan merebut Putrajaya.

Rakyat kini amat kritikal dan sebarang penipuan walau sekecil mana akan tetap terbongkar jua.

Tidak ada pemimpin di atas dunia, walau pandai dan bijak macam mana sekalipun yang mampu terlepas dari hukuman rakyat, hanya lambat atau cepatnya sahaja.

Dan sesuatu jawatan yang dimenangi secara tidak betul (baca: haram) akan tetap hilang keberkatan dan pertolongan dariNya, malah akan terus menerima laknat dari Allah dan para malaikatNya disamping kutukan dari rakyat jelata sampai akhir dunia.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Glombang kedua keluar parti PKR akan brlaku lagi stelah Zaid mengumumkan parti baru... PKR hanya Jeneral tanpa askar tungguuuuuu..........

Waris berkata...

Prof ni pun bakal jadi bahan kritikan anwar & the geng seperti mana prof aziz bari jadi bahan kritikan hadi & the geng dari pas suatu ketika dulu. Sifirnya senang saja, bila para intelek bebas mengkritik kerajaan maka para intelek ini akan disanjung tinggi. Berita ini akan keluar di muka depan akhbar harakah atau suara keadilan. Tapi kalau kritik pas atau pkr prof ini akan dicop sebagai agen umno pulak. Setakat itulah saja tahap maksimum ahli politik meLAYU & the geng mampu berfikir. Umno pun begitu juga malah lebih hampas dari pas dan pkr. Lagi 100 tahun pun rakyat meLAYU belum tentu boleh maju. Yang maju ialah para cukong dan kapitalis yg mengelilingi ahli2 politik meLAYU tersebut. MeLAYU akan terus LAYU dibuai mimpi indah dgn janji2 manis para ahli politik yg menjanjikan bulan dan bintang kpd rakyat spt kami.

Terus terang saya katakan saya kurang yakin PR boleh memerintah Malaysia kalau perangai pemimpin masih ditakuk lama... masih berfikiran seperti hidup di zaman 70an di mana setiap masalah perlu dibisikkan pada pemimpin yg BEBAL walaupun jika dijeritkan ke telinga mereka, mereka akan tetap BEBAL.

Nampak gayanya impian kami sebagai rakyat yg bencikan umno sebenci-bencinya masih tetap berketuakan hampas-hampas umno walaupun dipenuhi dgn segala jenis skandal yg menjijikkan.

Nasiblah...

Tanpa Nama berkata...

Sebelum terlambat saya merayu kepada pucuk pimpinan PKR agar diadakan pemilihan parti semula yang lebih telus agar dapat mengembalikan kepercayaan rakyat semula demi menyelamatkan nasib rakyat yang sering diperkotak-katikan oleh UMNO selama ini.
Benar kata Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah, rakyat telah hilang kepercayaan politik dan kecewa terhadap PR hasil dari masalah pemilihan pucuk pimpinan parti PKR itu baru-baru ini.
Kepada para pemimpin PR buatlah sesuatu demi mendapatkan semula sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Benar kata GB, PKR telah menjadi bebanan kepada Pakatan Rakyat.

Kuda Trojan berkata...

Bila GB memberi komen seperti PKR perlu dibersihkan akibat daripada konflik dalaman mereka ekoran Pemilihan parti yang tercemar dengan pelbagai kes penipuan.... memang kita sokong.

Sebenarnya PKR adalah sebuah parti yang baru tapi ingin mencuba dengan langkah pertamanya yang berteraskan 1 ahli 1 undi. Tapi mereka tiada pengalaman untuk menguruskannya.

Dan ahli yang telah lama berada dalam parti PKR itu pula tidak pernah teruji tentang kualiti perkhidmatan mereka terhadap parti. Mereka tidak tahu sejauh mana ketrampilan diri mereka diterima oleh ahli.

Tapi setelah dicadangkan untuk mengadakan pemilihan parti PKR 2010 yang lalu maka orang tertentu yang menawarkan diri untuk bertanding menjadi terkejut dan takut... mereka orang lama dalam parti dan kenali ramai tapi sokongan ahli tidak berpihak kepada mereka.

Dalam keadaan seperti itu apa yang patut dilakukan...? Jawapnya mereka terpaksa ambil kesempatan sebagai orang lama mempengaruhi para pekerja lakukan seperti mana yang di adukan kepada JPP. Ini sebenarnya yang terjadi.

Dan JPP pula menjadi serba salah terpaksa menyiasat diri mereka sendiri yang dituduh menyeleweng.

Memang kita juga bersetuju dengan saranan GB.... Ia memerlukan keberanian, ketelusan dan kejujuran untuk mengakui fakta bahawa insiden penipuan itu MEMANG BERLAKU dan justerunya, PKR telah menjadi bebanan kpada Pakatan Rakyat.

Tapi ramai dikalangan ahli PKR berpendapat jadikan cara pemilihan yang pertama itu sebagai peringatan dan pengajaran untuk pemilihan yang akan datang. Rawat saja mana-mana kulit yang terluka walaupun ia tetap meninggalkan parut...

Anuar Ibrahim atau Azmin Ali bukan lagi dipadang sebagai orang kuat PKR. Taraf mereka sama seperti ahli biasa yang lain. Bila mereka melakukan kesalahan maka mereka akan diusung sebagai orang yang bersalah..... sendiri mahu ingat...!

Ketika ini ahli perlu membuat pilihan tepat sama ada mengutamakan kekuatan parti atau menjaga kepentingan individu....

Oleh kerana itu kita perlukan para blogger seperti GB meneruskan perjuangan parti PKR disamping memberi teguran yang adil kepada orang yang ditujukan....

Bukan senang nak membina..
Bukan susah nak membinasa..