Korea puji program rasionalisasi subsidi kerajaan
KEPALA BATAS - Program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu.
"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.
"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.
Ia dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak pembangkang.
Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.
Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak pembangkang tidak.
"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya. -Bernama
Ulasan GB
Sampai begitu sekalikah terdesaknya kerajaan sehingga perlu mendapatkan pujian dari Presiden Korea Selatan untuk memuji tindakan "rasionalisasi subsidi" yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
Berkata Presiden Korea itu "Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan."
Benar, tidah mudah dilaksanakan KECUALI dengan kebijaksanaan kerajaan yang ada menipu dan menzalimi rakyatnya.
Mohd Nor Yaakob, anda boleh memohon untuk menjadi warga negara Korea Selatan dan boleh menjadi menteri di sana.
Rakyat Malaysia TIDAK menerima rasionalisasi subsidi yang merupakan pontianak jelmaan untuk menutup namanya yang sebenar iaitu - kenaikan harga barang-barang.

5 ulasan:
Orang yang gembira dengan kenaikan barang adalah kurang cerdik
WOW.. ini betul2 terdesak. pakatan pimpinan saling puji memuji utk memutarkan belitkan kenyataan agar rakyat tertipu.
Kami rakyat 1 Malaysia pun puji Noor Yaakub pasal barang naik, minyak naik,gula naik, dan macam2 lagi lah naik.
Jangan tak tau kami pun dah lama puji, hang ja tak tau pasai hang tak turun jumpa rakyat. Tambah-tambah lagi sejak Najib jadi PM kami tersangatlah gembira, sebab Njiblah satu-satunya PM yang sangat bijak, mengalahkan semua PM terdahulu.
Jika Najib tak bijak masakan dia dapat jadi PM, jadi harga barang ka minyak ka tu naikkan saja, peduli apa Pakatan Rakyat ka rakyat ka...depa bukan boleh buat apa pun...buat bising boleh lah...itu pun kejap saja tu.
Lepas ni siapa-siapa yang bantah kita tangkap semua sumbat masuk penjara, baru depa tau....lepas tu kita boleh teruskan buat sesuka hati, apa takut ini negara kita yang pegang.
Kalau perlu PRU13 tak payah diadakan, buat pungutan suara mcm biasa ja, setuju ka tidak UMNO terus memerintah tanpa PRU13.
Macam biasalah kita yang kontrol semua dah tentu kita boleh letak keputusan undi setuju lebih 80%. Lepas tu apa lagi mandat itulah kita guna untuk terus perintah.
Yahoo....lingkup lah kamu mudaha-mudahan.
Memanglah Korea Gembira...Mereka Boleh Jual Barangan Korea Dengan Mahal Kat Malaysia...
aku pun setuju toksak adakan pilihan raya umno/bn teruskan merentah negara ini naikan harga barang jangan dok peduli dengan rakyat biar depa pimampuih pi dimana pun kita peduli apa asai kita ada kuasa dapat kumpul kekayaan tidor atas duit hahahahaaaaa.
Catat Ulasan