17 Dis 2010

Pandikar Amin Tidak Wajar Sembunyi Di sebalik Kerusi Speaker - ALIRAN

Pandikar jangan bersembunyi disebalik kerusi Speaker, kata Aliran

PETALING JAYA: Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mempertikaikan kredibiliti Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang Speaker Dewan Rakyat apabila gagal menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Presidennya, P Ramakrishnan berkata, kegagalan Pandikar melakukan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu sekaligus membuktikan prinsip keadilan dan hak asasi seseorang ahli Parlimen turut diketepikan.

Merujuk kepada penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), (PKR-Gombak) Azmin Ali, dan (PKR-Subang) R Sivarasa selama enam bulan daripada tugas, Aliran berkata situasi itu hanya menyebabkan sistem doktrin pengasingan kuasa di negara ini hanya menjadi satu bahan cemuhan.

"Pengerusi jawatankuasa ini adalah Speaker Parlimen. Mengikut rekod hansard, Speaker memberi jaminan kepada Anwar beliau akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Namun sebagai pengerusi mesyuarat, beliau tidak mengotakan janjinya dan tidak membenarkan Anwar membuat sebarang penjelasan malah tidak membenarkan Anwar melantik peguam bagi mempertahankan dirinya.

"Beliau tidak boleh mendakwa ada satu usul daripada ahli jawatankuasa mengatakan tidak perlu mendengar penjelasan Anwar… dan kemudian memasukkanya sebagai undi walaupun beliau tidak boleh mengundi dalam jawatankuasa itu, tidak ada merit dalam kenyataannya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramakrishnan berkata, Pandikar sepatutnya mempunyai kuasa mengarahkan jawatankuasa memerhatikan prinsip keadilan, namun beliau mencemarkan tugasnya dengan membenarkan dirinya bertindak sesuka hati.

Ini kerana menurut beliau, Pandikar sepatutnya boleh menggunakan kuasa budi bicaranya sebagai Speaker untuk membuat sebarang keputusan walaupun beliau tidak boleh mengundi.

"Bukankah beliau juga mempunyai beberapa kuasa tertentu sebagai pengerusi bagi memastikan jawatankuasa dikendalikan dengan adil secara akar umbi?

"Pandikar merupakan pengerusi dewan semasa usul dikemukakan untuk menggantung Anwar daripada tugasnya sebagai ahli parlimen selama enam bulan.

"Bagaimana beliau boleh bersikap neutral dalam isu ini semasa beliau mempengerusikannya sebagai sepaker? Jadi bermakna dakwaan Karpal itu betul bahawa beliau kehilangan kuasa moral dalam mempengerusikan Dewan," katanya.

Begitu juga dengan nasib Karpal, Azmin, dan Sivarasa apabila Ramakrishnan mempersoalkan mengenai keputusan yang dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang notis tunjuk sebab dikemukakan dan diberi peluang untuk membela diri.

Melihat kepada keadaan ini, beliau berkata undian yang didalangi majoriti ahli parlimen Barisan Nasional jelas membuktikan BN kini terdesak mahu mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum satu jumlah yang gagal dicapai oleh mereka semasa PRU 2008.

"Apa yang berlaku di Perak kini berlaku dalam Dewan Rakyat. Peristiwa semalam melihat kepada sistem demokrasi negara menjadi sebaliknya.

"Corakmya sama, caranya licik. Tindakan ini jelas menunjukkan satu cubaan untuk memperolehi kerus majoriti dua pertiga yang gagal diperoleh BN semasa pilihan raya umum 2008," katanya. -FMT

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak pihak telah mempertikai kewibawaan Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker. Kalau ada maruah, beliau patut letak jawatan serta merta.

Tanpa Nama berkata...

sama dengan apa yg berlaku di perak, BN menggunakan segala kuasa yg ada. Ulasan TV3 suku, pembangkang di parlimen tidak menghormati speaker, di DUN perak speaker diheret dan dihina... buat rakyat yg cerdik bandinglah dua situasi ini.

zaid ampang berkata...

Jangan heran la kawan, namanya pun PANDIKAR ( Pandir yang suka bertengkar ) bukannya PENDIKAR....

Kuda Trojan berkata...

Dalam kes penggantungan ahli parlimen pembangkang nak salahkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak adil...?

Memang itulah yang kita dengar sejak peristiwa itu berlaku. Apakah perbuatan yang dilakukan oleh Pandikar Amin itu menunjukkan bahawa dia adalah seorang speaker yang bodoh sama taraf bodohnya dengan ahli UMNO Baru dinegeri Sabah...?

Sebenarnya Pandikar Amin adalah tergolong orang yang bijak pandai tapi oleh kerana dia bekerja dibawah naungan kerajaan Barisan Nasional maka kebijaksanaanya diubah menjadi baruah.

Pandikar Amin bukan tak tahu apa akan jadi dari tindakan nya itu... tapi dia terpaksa memilih satu diantra dua.

Sama ada mahu berlaku adil tapi maruah kerajaan BN akan terus merundum atau bertindak memihak kepada ahli parlimen BN, kredibiliti dia akan dipertikaikan ...?

Apa yang kita lihat Pandikar Amin telah memilih untuk memihak kepada ahli parlimen BN secara terang-terangan mengakibatkan ahli parlimen pembangkang bertelagah dengan nya berterusan.

Kesannya segala kerja kotor pemimpin kerajaan yang dibangkitkan telah berjaya dipesongkan seterusnya dilupakan. Bukankah ini salah satu strategi mengalih perhatian..?

Pandikar Amin terpaksa bersubahat demi melindungi kepincangan pentadbiran kerajaan Mohd. Najib.

Walaupun begitu dia percaya bahawa dirinya selamat dan terjamin apabila Mohd Nazri Abdul Aziz memberi jaminan jika, ada kesnya dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Tapi Nazri tidak boleh memadam sejarah rampasan kuasa di Negeri Perak. Dan kuasa mahkamah telah membatalkan kuasa speaker dewan yang sah.

Jika ada sesiapa yang ingin mengutuk Pandikar Amin ini bersalah, maka kerajaan BN juga mesti dikutuk sama kerana tanpa Pandikar Amin akan musnah kerajaan BN. Dan tanpa Kerajaan BN, Pandikar Amin mungkin sekarang ini menjadi penjual ikan di pasar Sabah.

Tanpa Nama berkata...

selagi mereka ada kuasa selagi itulah mereka akan mempertahankan kuasa yang ada dan sekiranya mereka tumbang maka kelihanlan segala kepincangan yang mereka lakukan dimasa itu penyokong2 mereka terpaksa menutup muka kerana malu.

Tanpa Nama berkata...

Ikut cerita lucu sasterawan, Pandir Malaysia lurus dan bendul. Tapi Pandir Sabah, cunning macam Mr.Bean.

Falsampah Kuda Trojan tak masuk akal. Hanya kuda dan lembu jer yang paham.

Nak kata Pandir Sabah dibawah tekanan BN tak logik. Pandir ini dibawah tekanan 1Isreal logik sikit.

Dia terima buta2 surat perjelasan APCO tapi tak bagi peluang pun untuk penjelasan dari pembangkang. Dia ingat itu pembangkang menang cara undi Pos kah.

Penjual Ikan Kelantan boleh jadi wakil rakyat. Tak mampu jangan jadi speaker, lebih sesuai kalau jadi gembala kuda dan lembu.

Tanpa Nama berkata...

Pendek Akal.....