Ibu, anak perempuan belajar jadi penyamun melalui majalah
KOTA BHARU: Seorang ibu dan anak perempuannya menangis selepas dijatuhi hukuman penjara semalam, setelah mengaku bersalah dan memberitahu mahkamah belajar menyamun daripada sebuah majalah mingguan tempatan.
Tertuduh, Che Rosnani Mohd Rawi, 47, dan anak sulungnya, Shazrina Shariz Kamaruzaman, 29, masing-masing dipenjara lima dan enam tahun selepas mengaku bersalah merompak dua rantai tangan, dua cincin, tiga rantai leher emas, sebuah telefon dan wang tunai bernilai RM20,000 daripada seorang pemilik kedai jahit, Asmah Ibrahim, 61.
Dua beranak itu menyamun mangsa di Rumah Tamu Impiana dekat Flat Hijau Bandar Baru Kubang Kerian, antara jam 3 hingga 3.30 petang pada 1 Disember lalu. Mereka didakwa melakukan jenayah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hazimah Ghazali, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dasuki Ali, manakala dua beranak itu tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan fakta kes, jam 2.40 petang 1 Disember lalu, ketika mangsa berada di kedai jahitnya, tertuduh kedua yang memperkenalkan diri sebagai Juriah, mengajaknya ke rumah di Flat Hijau untuk mengukur langsir.
Mangsa kemudiannya pergi ke rumah berkenaan untuk mengukur tingkap dan pintu bilik dan ketika itu, tertuduh kedua menyemburkan sesuatu ke arah mata sehingga menyebabkan pengadu tidak dapat melihat.
Tertuduh pertama kemudiannya menyumbat mulut mangsa dengan kain, manakala anaknya mengikat tangan sebelum menyerkup kepala dengan baldi dalam bilik air.
Dasuki ketika penghakimannya berkata, tertuduh tidak seharusnya menjadikan majalah atau bahan bacaan sebagai bahan untuk mencontohi perlakuan jenayah.
Che Rosnani yang mempunyai sembilan anak memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan perbuatannya itu dilakukan dalam keadaan terdesak kerana dibebani hutang.
Sementara itu, Shazrina Shariz yang mempunyai enam anak mengemukakan alasan terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup selepas suaminya ditahan di pusat tahanan Simpang Renggam, Johor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan