16 Dis 2010

Isu Wikileaks & Anwar Sebabkan MP Pakatan Rakyat Hilang Fokus Untuk Rakyat

WikiLeaks tidak harus tenggelamkan harga naik

Pendedahan kontroversi WikiLeaks seperti mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat daripada isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

“Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

“Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran,” katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikendaki mengunakan istilah penyelarasan.

“PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya -mk

Ulasan GB

Tuan Ust Idris,

Yang mengalihkan pandangan kenaikan harga kepada Wikileaks tak lain tak bukan adalah ahli parlimen Pakatan Rakyat sendiri.

GB telah ulas hal ini semalam. Speaker Senget, Ahli Parlimen PR Pula Fokus Hal Wikileaks

Petikan:


GB telah berkali-kali menggesa agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya bersatu untuk mengusul undi tidak percaya kepada speaker.

Tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.

Sekarang rasakanlah sendiri dipermain-mainkan oleh Speaker yang senget itu. Bila dah nak kena gantung, baru masing-masing terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan begitu begini. Sebelum ini, ahli-ahli parlimen PR tidur, ada yang tidak hadir semasa undi belah bahagi, melancong ke Indonesia tatkala Parlimen sedang bersidang. Lansung tidak ada disiplin dan tanggungjawab serta tidak menghormati amanah rakyat. Serupa sahaja perangainya dengan UMNO BN, walaupun lebih baik sedikit daripada mereka.

Semua YB-YB kita sudah berlagak bijak dan berlagak pandai sehingga tidak mahu menerima pandangan rakyat. Wikileaks yang diperdebatkan, isu yang rendah revelansinya kepada rakyat, cuma tinggi untuk Anwar. Hal-hal seperti kenaikan harga barang dan seumpamanya yang penting kepada rakyat tidak diberikan keutamaan. Anwar yang didahulukan, rakyat dikemudiankan, sama binatang dengan UMNO BN perangainya.

Sekarang UMNO BN sudah boleh mendapat majoriti dua pertiganya semula apabila nanti ahli-ahli parlimen PR digantung. UMNO BN telah bertindak lebih cepat dari wakil-wakil rakyat PR apabila mereka berjaya menggunakan senjata "kuasa speaker".

Jika peranan sebagai pembangkang pun sudah gagal di tangan BN, bagaimana PR mahu memerintah?


Nampaknya 4 orang MP Pakatan Rakyat akan makan gaji buta. Berhasrat untuk tumbangkan BN tetapi nampaknya PKR yang tumbang lebih dahulu.

Sebabnya: Anwar bersama dengan pendewa-pendewanya merasa diri mereka lebih hebat dari Tuhan. Boleh melakukan sesuka hati seperti UMNO BN. Menipu ahli mereka di dalam pemilihan. Ingat! Allah Yang Maha Tahu itu tidak pernah tidur, Dia Maha Berkuasa. Anda marah anda berempat digantung tanpa membela diri tetapi PKR sendiri yang telah melakukannya terlebih dahulu terhadap ahlinya. Ini buktinya:


Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri

Oleh Nazli Ibrahim

Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Disiplin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri. ..


Hukum Karma, Golden Rule, sunatullah... apa juga yang anda namakan, ia seperti yang kita selalu dengar dan anaksungaiderhaka mengulanginya: you will get what you give.

Musnahkan musuh yang ada di kalangan kita terlebih dahulu sebelum dapat kalahkan musuh di luar kita. Itu yang GB nak pesan kepada Pokok Sena yang telah mengemukakan teori kononnya perlu kalahkan UMNO BN dahulu seperti kenyataannya sebelum ini.

Bagi pejuang reformasi tulen, kebenaran dan keadilan akan tetap diperjuangkan tetapi PR akan terlebih dahulu dibersihkan dari mangkuk-mangkuk yang mengkhianati rakyat ini. PR akan ke Putrajaya tetapi tanpa mereka yang nyata tidak menghormati rakyat.

Yang GB tahu, Anwar akan dikalahkan Tuhan lagi selepas ini, begitu juga yang bersama dengannya dan yang membelanya. Begitulah juga yang memberi pentas kepadanya. Yang menulis menyokongnya. Yang menjadi pendewa-pendewanya. Bukalah mata sekarang siapa bertiga yang kena. Semuanya pembela Anwar belaka.

Teruskan memaki GB lagi, GB akan terus berpahala dan akan terus yakin bahawa PR akan ke Putrajaya tanpa mereka.

7 ulasan:

mail lambong berkata...

Tahniah GB

saya sokong..

PR tidak perlukan pemimpin yang penipu dan pembelit jika tidak sia-sia usaha dan kesusahan yang penyokong PR tanggung selama ini.

takut nanti..terlepas mulut buaya masuk mulut naga.

penulisan yang tegas. yang benar kita teruskan yang palsu kita benamkan..

klik sini:Hijrah Permata

Tanpa Nama berkata...

kalau UMNO kata Anwar tak layak jadi PM bermakna mereka sokong TGNA jadi PM kerana rekod cmerlang jadi MB kelantan?

Tanpa Nama berkata...

SOKONG GB..
susah2 GB la jadi ketua pembangkang... GB ni serba tau...
nnt kite ada bakal pm baru iaitu GB...
tahniah tahniahh....

komen berdegar2... :D

remy berkata...

Dalam byk2 blog Pakatan, hanya blog GB yang matang dan tak mengikut arus. Yang lain-lain hampeh. Membodek dan mengampu sampai PR nak tumbang dikerjakan mereka. Tengok implikasinya di Galas. Pun tak sedar-sedar lagi.

Tahniah GB. Berkata benar walaupun pahit demi kebenaran dan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Bhg 2

Dalam bab politik pun sama.. blogger2 Melayu, lebih suka dan berminat pada fitnah2(dan suka pula mengulanginya)dan perasangka2 dan bukannya pada bukti dan fakta. 'Sukan makan daging sendiri', padahalnya kerajaan Dajjal 'NWO' tidak suka ataupun 'support' Malaysia samada Najib atau pun Anwar. Mereka (NWO) tengah merancang untuk 'regime change' dan 'color revolutions' di Asia.

**"The most effective disinformation is that which is comprised of falsehood as well as facts. Wikileaks, founded by Julian Assange, fits this description perfectly, right down to the letter.Seemingly overnight, it has become one of the biggest ‘whistle-blowing’ agencies in modern history. In reality though, it is one of the biggest disinformation projects in modern history, and it may be the most dangerous because it is masquerading as an organization of truth".

@BAHAN2 UNTUK BLOGGER BACA...slim chance,sbb orang Melayu malas membaca.

Wikileaks Is Zionist Poison
http://www.maskofzion.com/2010/10/wikileaks-is-zionist-poison.html

Wikileaks Is Zionist Poison II: Deconstruction Of The Myth
http://www.maskofzion.com/2010/12/wikileaks-is-zionist-poison-ii.html

Who is Behind Wikileaks?
http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=22389

Tanpa Nama berkata...

harga barang naik... ya lah... kenapa MP PR tak perjuangkan hal ini di parlimen... asyik wikileaks jer...

Tanpa Nama berkata...

Bhg 1

Bila le orang Melayu ni nak cerdik....tak habis2 duduk dalam kotak atau bawah tempurong. Bab Wikileaks ni BAB BESAR..."global deception" yang akan sentapkan, huru-harakan dan lumatkan pemikiran-minda (mislead and brainwash**) penduduk dunia amnya dan khasnya umat islam.

Tapi kadang2 blogger2 Melayu DARI Malaysia pun sama, pemikiran dan hala tuju mereka pun macam otak orang kampong..tak ada mission dan vision. Isu2 yang di ketengahkan pun tidak membantu orang ramai 'UNTUK JANGKA MASA PANJANG'.

Blogger2 dari LUAR Malaysia, terutamanya Barat lebih focus dan critical pada isu2 global, terutamanya ancaman 'New World Order'. Betul, hal2 domestic penting, tapi apa guna nya kita bicara sekadar 'kenaikan harga barang-barang keperluan harian' yang sebenar nya hanya 'Bala Kecil' berbandingkan dengan 'Bala Besar' yang lebih mengancam, hebat dan dasyat sedang menghampiri kita dalam waktu yang terdekat ini yang rancangi oleh kerajaan Dajjal 'NWO'.