4 Dis 2010

"Dacing Berat Sebelah" Kata Gerakan.

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn (gambar) berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

“Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja
”.

“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.

“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan. -mk

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nasib orang melayu dibela dibawah pemerintahan BN, hanya menjaga ketuanan pemimpin UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu berdalih. GERAKAN itu memang diwujukan untuk memecah belah seperti juga MIC kepada beberapa parti. Semua pepatung2 parti bukan Islam ini hanya dipacak oleh UMNO supaya tidak tergugat kedudukan. Kenapa tiada mamat memegang jawatan penting dalam MIC. Kalau ada pun tak gaku mamat seperti juga mamat tulin berarak mengaku mereka lebih asal dari orang asal.

Kalau MCA ugut keluar BN, parti Gerakan standby sapu semua dan begitu juga sebaliknya. Sama saja macam pelakon video luncah "ugut2" lepas jadi presiden "jilat2" hingga anak Johor sendiri pun dia suruh ambil tindakan. Lihat apa khidmat yang diberikan oleh parti Gerakan kepada rakyat tapi hairan wakil mereka ada dimana-mana pelosot lubang. Sampai masa tertentu, keluarlah tikus2 untuk mendapat habuannya.

Dalam jangkaan, Gerakan mungkin akan menggunakan taktik keluar BN berpura-pura berfungsi sebagai opposition menghentam BN tapi talian nadinya disalur oleh tuanpunya asal. Lepas menang masuk balik BN dapatlah hadiah2 kerusi menteri pintu belakang dan mulalah cari makan entah buat apa kerja. Dacing berat sebelah tu betul. Macamana nak timbang sama kalu Gerakan hanya sebutir dua dan kecik pulak tu. Kalau iklas letak jawatan dan bawa semua penyokong masuk DAP atau PKR. Ooops... terlupa, penyokong dah tiada pun.

Waris berkata...

Habislah ketuanan meLAYU... padan muka umno...

Demo GAPS esok utk menentang parti gerakan ni lebih baik dari menentang kebaikan kerajaan Selangor. Tak habis2 bodoh org meLAYU ni. Benda baik ditentang benda bodoh disokong.

Waris berkata...

Aku pun dah mula benci dgn pemimpin2 PR yg bodoh dan tak sedar diri terutama ketua pemuda pas yg tak habis2 dgn meLAYUnya. Entah dari mana dtgnya ust ni yg tak pernah aku dgr namanya tiba2 jadi ketua pemuda yg membawa pemikiran org tua umno dlm pas. Aku pun mungkin akan apungkan undi aku nanti.

BTW... setakat ni aku lebih benci umno & perkasa drp benci pas & pkr. Pas & pkr aku cuma benci segelintir pemimpin bodohnya saja tapi umno aku benci keseluruhannya dunia & akhirat. Asal nampak org pakai songkok tinggi je aku rasa mcm nak bagi penampar. Begitulah bencinya aku pada umno dan perkasa. Nak kata kuat tu tak juga tapi nafsu nak menampar haramjadah pakai songkok tinggi tu terlalu tinggi kerana merekalah puncanya meLAYU tak dapat jadi tuan sampai hari ini. Mereka hanya jadi puppet terhadap tuan2 cukong yg berada dikeliling mereka.

Kalau nak dibandingkan dgn yahudi, aku lebih benci umno dari yahudi. Kebaikan yahudi ialah mereka membela bangsa dan agama mereka sendiri wpun mereka tu jahat. Yahudi tak berperang dgn rakyat sendiri. Umno... menjahanamkan bangsa dan agama mereka. Mereka menembak dan membelasah rakyat mereka sendiri tak kira tua atau muda. Menyalak sana sini (terutama geng songkok tinggi) utk jadikan meLAYU sbg tuan tapi mereka sendiri bertuankan cukong2 cina disekeliling mereka.

Cukup2lah meLAYU jadi bodoh dibawah pemerintahan umno. Jgn pula pas dan pkr mewarisi sifat memperbodohkan meLAYU zaman berzaman.

Tanpa Nama berkata...

Tidak ikhlas. Mau kah parti komponen BN yang lain itu berbuat begitu. Cakap sesuatu yang hampir mustahil dalam masa sama kita akan kelihatan hebat..!?

Bersepah parti yang telah memultiraskan keahlian mereka yang sedang memperjuangkan apa yang anda hasratkan itu. Dalam BN ada. Dalam Pakatan Rakyat pun ada.

Jika sungguh ikhlas dan tiada kepentingan diri terhadap BN, tinggalkan BN itu. Jika tidak samalah macam idea nak mengangkasakan rakyat malaysia... Jika berdalih maka idea anda itu dianggap HAPRAK jugak.

Ketuanan melayu dengan 1 malaysia tuh kan bertentangan. Macam mana nak disatukan. Itulah selogan menipu kaum dan rakyat jelata namanya... Akan terjadikah MCA/MIC akan melaungkan dengan penuh semangat dan bergaya "hidup melayu, hidup ketuanan melayu"....!!?

Cina, , melayu, india atau siapa jugak asal terpalit dengan UBN sering kelihatan terjangkit sindrom kebengongan idea dan tindak yang berpanjangan...