4 Dis 2010

[Bergambar] Seoul Akan Serang Pyongyang Jika Terus Diancam

Seoul serang Pyongyang jika terus diancam

SEOUL: Korea Selatan semalam menegaskan, ia akan melancarkan serangan udara dan mengebom Korea Utara jika negara itu cuba mengulangi serangan minggu lalu ketika Amerika memberi amaran bahawa Pyongyang mengancam Semenanjung Korea dan dunia sejagat.

Menteri Pertahanan baru Korea Selatan Kim Kwan-Jin, ketika bercakap pada mesyuarat parlimen berkata sebarang provokasi baru akan dibalas dengan serangan bom ke atas Korea Utara.

Kita akan melancarkan serangan bom ke atas Korea Utara, jika ia mengulangi serangannya, katanya ketika ditanya wartawan mengenai reaksi Seoul jika serangan berlaku lagi.

Korea Utara melepaskan tembakan meriam ke arah pulau Yeongpeong di Korea Selatan dalam serangan 23 November lalu, menyebabkan empat orang awam terbunuh.

Seoul dilaporkan tidak menggunakan kekuatan udaranya ke atas Pyongyang berikutan bimbang keadaan akan akan bertambah buruk.

Reaksi balas Seoul dikritik sebagai terlalu lembut menyebabkan menteri pertahanannya sebelum ini, Kim Tae-young meletak jawatan.

Kim berkata, Korea Selatan akan mempertahankan kedaulatannya dan menghukum penyerang sekeras-kerasnya, hingga sumber keganasan itu dihapuskan.

Beliau bagaimanapun menafikan kemungkinan melancarkan perang skala penuh ke atas Korea Utara, berikutan masalah dalaman negara itu dan kecekapan tentera Korea Selatan bersama sekutunya Amerika tidak memerlukan Seoul berbuat demikian.

Melalui gabungan kekuatan tentera Korea Selatan dan Amerika, kami memantau secara rapi sebarang isyarat provokasi Korea Utara. Tindakan kami mempertahankan diri dan mencegah sebarang provokasi adalah wajar.

Malah, jika kami memberi reaksi balas yang keras kepada Korea Utara, negara itu akan menghadapi kesukaran untuk melancarkan perang skala penuh, kata Kim merujuk kepada masalah ekonomi dan proses peralihan kuasa di Korea yang tidak menentu daripada pemimpin Kim Jong-Il kepada anak lelakinya Jong-Un. -Reuters







4 ulasan:

zaid kuantan berkata...

Lama dah aku tengok Seoul ni dok gempag nak serang Pyonhyang tapi tak serang serang pun. Rakyat dia dah mati banyak kali dah. Pyongyang pulak asal gempag je terus serang. Bergasak la hampa dua negara. Bangsa bodo !

Tanpa Nama berkata...

depa bangsa bodoh??

aku rasa bangsa hangpa lagi bodoh!! kah kah kah!!

Tanpa Nama berkata...

melayu lagi bodoh, bagi BN menang diBatu Sapi dan Galas, UMNO bangga menaikkan harga gula dan minyak

Tanpa Nama berkata...

Aku respek kat KU tuh. Dia tak cakap banyak, kbooom... terkejut berok KS, daerah dia kena kboom. Melalak sakan KS/AS. KU ketawa bagi nak pecah perut... Nipon juga tak lena tido... kah.. kah.. kah..

Al-hasilnya pasaran saham asia merudum. Bahan asas seperti minyak pun melambung harga. Lalu melalaklah menteri UBN, bahkan PM pencen itupun tumpang sekaki kata kenaikan harga (yang disebut penyelarasan itu) bukan salah kerajaan. Tidak bertanggungjawab.

Tak payah jadi kerajaan jika situasi begitu pun tak ada mekanisma tertentu yang boleh menyerapnya hingga rakyat tidak terjejas...

Jangan lupa PRU-13 yang bakal menjelang apabila kuasa dipulangkan semula kepada rakyat. Jangan salah gunakan kuasa yang hanya sehari dengan satu X itu. Pastikah sehari/X itu menentukan wibawa negara dan rakyat untuk tempoh lima tahun kehadapan.

Katuanan rakyat menjadikan warganya bermaruah... Ketuanan melayu menjadikan warganya bercelaru...