8 Dis 2010

[Bergambar] Satu Dunia Menyaksikan, Bagaimana Polis Boleh Menafikan Kekejamannya?

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

“Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk “Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset” dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

“Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.

Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. — Bernama









5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Janji MB Khalid Ibrahim ditepati.... semuanya akan selamat.
Kalau rasa tak bersalah,mengapa lari lintang pukang.....
Maaf cakaplah.... saya juga berada dikelompok baju merah pada masa tu.
Panas juga hati !
Yang kena tu adalah individu yang lantang memecahkan damai kesunyian
Masjid Negara...
Berlagak HERO !
Lagi ditegur,lagi galak aksinya !

Tanpa Nama berkata...

BN perlu ditumbangkan oleh kuasa rakyat, selagi BN perintah malaysia rakyat ditindas dan dizalimi

Tanpa Nama berkata...

bila Pas nak berdemo isu kenaikan harga minyak?, Pemuda Pas dipimpin pemimpin bacul?

Amuraria berkata...

PEMUDA UMNGOK@APCO PALING BERANI ! HINGGA KEPALA LEMBU YANG DAH MATI BERANI DEPA ARAK KESANA KEMARI KAHKAHKAH !
FUH TERER BETOI ! TAPI HERAN TADAK FRU PUN ?

Tanpa Nama berkata...

sekarang dh terbukti..penggunaan 20m3 pertama percuma untuk rakyat..alhamdulillah..