Bakal pengantin parah
MASJID TANAH - Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya, Sabtu ini cedera parah selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa barangan katering di Taman Seri Jeram, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Asmani Aziz, 30-an, memandu kereta jenis Proton Persona milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Seri Jeram.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertindak merampas kunci kereta yang terletak atas meja semasa Pengerusi JKKK itu sedang bersarapan di sebuah warung berhampiran.
Bagaimanapun, sehingga kini belum diketahui punca lelaki berkenaan berbuat demikian.
Mangsa dikatakan dari arah Kampung Pulau menuju ke pekan Masjid Tanah sebelum merempuh kuat belakang sebuah lori membawa barangan katering yang hendak membelok ke kanan.
Akibat rempuhan kuat itu juga, lori berkenaan yang dinaiki pemandu dan kelindannya terbabas kira-kira 10 meter sehingga barang-barang katering dalam lori berkenaan bertaburan atas jalan raya.
Mangsa termasuk kelindan lori, Hamzah Che Mat, 50-an, yang cedera parah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Manakala, pemandu lori, Fauzi Mohd Zain, 40-an, hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar.
Seorang saksi, Zulkarnain Napiah, 33, berkata ketika kejadian dia berada di simpang jalan dari arah taman tersebut hendak keluar menuju ke Masjid Tanah.
Menurutnya, lori berkenaan pada mulanya sudah berhenti dan memberi isyarat untuk membelok masuk ke dalam taman perumahan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, kereta yang dipandu Asmani tiba-tiba merempuh kuat bahagian belakang hingga terseret jauh.
“Saya nampak Proton Persona itu sudah merempuh belakang lori yang dipandu salah seorang penduduk taman ini juga. Pemandu lori itu baru balik dari mengambil barang-barang katering di sebuah rumah.
“Saya sempat tanya pemandu lori, dia kata Proton Persona itu meluru laju. Akibatnya, kelindan lori itu terhentak ke bahagian depan hingga cermin pun pecah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.
Zulkarnain berkata, selepas melihat keadaan kelindan yang cedera teruk dan pengsan, dia terus menghantarnya ke klinik kesihatan Masjid Tanah.
“Nasib baik lori itu tidak terbabas sehingga merempuh masuk ke kawasan rumah yang ada di kiri jalan itu. Kalau tidak, mungkin akan berlaku kejadian lebih buruk,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan bagaimanapun enggan ditemuramah media kerana masih terkejut dengan kemalangan yang berlaku. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan