13 Nov 2010

MAS Rugi RM8 Billion, Tukarkan Pengerusi PAC Kerana Gagal Bertindak

Pengerusi PAC Azmi Khalid perlu diganti

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sekali lagi menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil tindakan terhadap isu kerugian Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berjumlah RM8 bilion.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, isu itu telah lama dibangkitkan beliau di Dewan Rakyat termasuk menghantar surat kepada pengerusi PAC sendiri, Datuk Seri Azmi Khalid.

"Saya telah membangkitkan tentang dua surat yang saya hantar kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid pada 13 Disember 2009 dan sekali lagi saya hantar pada 30 Ogos 2010 yang saya telah meminta PAC mengambil suatu tindakan terhadap isu kerugian MAS sebanyak RM8 bilion dan isu ini telah pun saya kemukakan sama ada dengan dua surat yang telah saya kemukakan dan juga diikuti dengan beberapa perbahasan saya dalam Parlimen," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen petang semalam.

Tambahnya, isu kerugian MAS ini harus diambil siasatan terperinci kerana ia merupakan kerugian besar selepas skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Isu kerugian MAS ini merupakan skandal kedua selepas PKFZ dan demi menyelamatkan wang rakyat dalam negara kita ini saya telah mengemukakan isu ini dan saya telah nyatakan tadi bahawa saya mengharapkan bahawa pada kali ini PAC benar-benar dapat memanggil satu siasatan terhadap isu kerugian MAS ini," katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, jika tiada apa-apa tindakan diambil oleh PAC berhubung aduan itu, tempat Azmi harus diganti dengan orang lain agar ia dapat berperanan dengan lebih baik.

"Kalau PAC tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, saya cadangkan pengerusi PAC diganti dengan orang lain supaya ianya lebih efektif," katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau akan membawa isu itu sehingga ke peringkat tertinggi bagi memastikan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya terus akan membawa isu ini hingga ke peringkat jawatankuasa saya akan menyebutnya dalam perbahasan di peringkat JPM.

"Saya cukup konsisten dalam membawa isu ini dan saya harap tindakan dapat diambil terhadap bagaimana MAS boleh mengalami kerugian RM8 bilion dan isu ini memerlukan penyiasatan segera dan saya harap ia boleh mengembalikan kewibawaan SPRM dan PAC," katanya. -harakahdaily

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masok umno macam masok dalam gudang duit maka pandailah2 atur diri supaya sampai kekemuncak gudang dan dapat kaut sebanyak yang dapat kemudian tabur sikit kepada ayam belaan supaya sentiasa jinak.

Tanpa Nama berkata...

selagi Pengerusi PAC dilantik oleh kerajaan BN jangan harap kes-kes rasuah atau salahguna kuasa dapat dibongkar hingga ke akar umbi. hanya setakat cakap-cakap untuk ambil tindakan sahaja, hasilnya 0. Kalau kerajaan PR ambil alih Putrajaya barulah boleh kes-kes besar dapat diselesaikan. Semoga kita bersama-sama mendadah tangan memohon kepada allah agar PR ke Putrajaya. Insyaallah

MIBU BULAN. berkata...

Salam YB.....
Inilah pemimpin yang kita perlu menghormati.....Sentiasa komited menegor, mengesa serta mengambil tindakan serius diatas isu isu yang merugikan wang rakyat....PAC dan jabatan berkaitan perlu berani bertindak..... Ingatlah elaun dan gaji anda dibayar dari cukai yang dibayar oleh rakyat....bukan dikutip saperti daun daun getah yang berguguran kebumi.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pengerusi PAC datang dari orang UMNO,jangan mimpilah akan ada penyiasatan dan tindakan yang diharap-harapkan.Ini laksana berhakimkan beruk - pisang habis yang buat pengaduan melopong.Orang UMNO yang dijangiti penyakit rasuah tak akan dapat mengubat rasuah.Percayalah!!!

Tanpa Nama berkata...

tukar saja kerajaan BN, kerugian berlarutan sejak zaman mahathir jadi PM, dah lama BN perintah Malaysia, dah kering idea nak majukan negara dan rakyat, hanya majukan dan kayakan pemimpin saja

Tanpa Nama berkata...

Kes orang-orang yang terlibat dalam video vk lingam pun senyap. Suruhanjaya yg ditubuhkan sis-sia dan membazir duit rakyat sahaja.