Kuantan: Seorang warga tua rentung manakala suaminya parah selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki terbakar dirempuh sebuah Toyota Vios dalam kejadian jam 1.45 petang di Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, semalam.
Mangsa, Senik Osman, 69, manakala suaminya Abdul Ghani Ahmad, 72 berasal dari Felda Bukit Kuin di sini.
Pemandu Toyota Vios, Patrick Chai Yew Fai, 22, dari Lorong Kubang Buaya, turut parah.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengedarkan kad perkahwinan anak perempuan mereka di rumah kenalan dan saudara di Kemaman.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan mendapati kereta Toyota Vios yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman memasuki laluan bertentangan kerana cuba memotong kenderaan di hadapannya dan bertembung dengan kereta dipandu Abdul Ghani.
“Abdul Ghani sempat keluar dari kenderaan tetapi isterinya, Senik yang duduk di tempat penumpang depan dipercayai tersepit gagal berbuat demikian sebelum kenderaan itu terbakar.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebelum mayat mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. -BH

6 ulasan:
Sejak kebelakangan ni banyak benor motokar yg terbakor biler jadi kemalangan.Biler kiter perhatikan betoi2,bukan disebabkan jenih buatan motokar yg terlibat,tapi munkin minyak yg digunerkan.Kepader pehak yg berwajib,siasat ler,buat ler kaji selidik ngaper minyak kiter yg ader dipasaran mudah terbakor.Jangan ler sampai ader menteghi yg mati terbakor baghu nak kelam kabot buat itu buat ini.Ghakyat marhain macam teman ni pon ndak juger nyawer,ndak juger hidup.
Salam,
Biras saya bekerja sbg senior engineer di bhg Fuel R&D (cam gitu la Petronas). Menurut beliau, kebakaran kereta skrg ni BUKAN disebabkan minyak RON95 seperti yg digembar gemburkan.
Tak payahlah tuduh2 sembarangan tanpa bukti saintifik.
Bknnye sblom ni kete2 kat Msia x penah trbakar, cuma lately ni je it seems it attracts unusual attention.
For ur info, Biras saya ni bkn pnyokong krjn, tp x de la dia brani sgt nak mnonjolkan aspirasi politiknye.
Sekadar berkongsi maklumat.
kebakaran kenderaan meningkat mendadak sejak RON95 diperkenalkan, orang tak cerdik pun tahu sebabnya
RON95 penyebab kebakaran, memang pemimpin dan penyokong BN akan nafikan
skati korang la klu kebencian dah menutup pertimbangan akal.
Pegi la buat research sendiri dan publish finding nya. Klu gomen yg buat, korang x kan caye punya.
FOMCA pun turut menggesa penjualan minyak ini digantung sementara kerana ada asas dalam tuduhan yg menyatakan kes kebakaran kereta berpunca dari minyak RON95 ini.
Catat Ulasan