Elie dakwa dia bukan Islam
KUALA LUMPUR – ”Tolong buat semakan di gereja, saya pernah berkahwin di sana,” itulah kata-kata Elie Youseff Najem dengan nada tinggi ketika hadir perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Elie, 50, kelihatan berpakaian seragam hadir kira-kira jam 8.30 pagi diiringi tiga pegawai Penjara Kajang.
‘Hartawan Lubnan’ itu mengaku dia bukan Islam dan tidak perlu dibicara di Mahkamah Syariah sebelum Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain yang menetapkan 20 Januari tahun depan untuk pembicaraan.
Elie yang tidak diwakili peguam syarie berbuat demikian kerana tidak berpuas hati kes itu dibicarakan dan kemudiannya meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin supaya menarik pertuduhan terbabit.:
Mohd Amran yang marah dengan perbuatan itu mengarah polis membawa ‘jutawan’ itu keluar dari mahkamah serta-merta. Elie bersama pasangannya, Roslin Tahar, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik di Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields, di sini, kira-kira jam 3.45 petang, 27 April lalu.
Kedua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.
Elie yang banyak menimbulkan kontroversi, pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah sama atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd Farid, 24.
Pasangan itu yang sudah bercerai, dikurniakan dua cahaya mata, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.
Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Jalan Duta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng, pada 19 September 2005.

3 ulasan:
Subhanallah, dia ni lg... x hbs2 wat hal... Dia ni warganegara kite ke ni?? Xblehh ke halau jekk dia ni kua... adoiyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Najem ni memang gilo. Gilo berat. Tapi dalam gilo dia tu, dia cakap besar dan berjaya pula pikat perempuan melayu hingga berkahwin dengannya(si gilo tu la). Dah lah gitu ada algi ada lagi perempuan melayu yang diradaknya hingga dapat anak. Entah-entah dah berapo ekor perempuan/betina melayu dizinanya. Bagus juga buat gilo macam najem gilo tu. Yang herannya kenapa arab gilo ni dibenar keluar masuk ke negara ini, biarpun banyak kali dia buat perangai gilo seperti yang tersiar di akhbar-akhbar di negara kita. NAJEM, MEMANG ,MANUSIA GILOOOOO.
MASMERAH
Dia memang gila tahap gaban...rasa takde spital sakit jiwa yg sanggup ubati penyakit dia nih...perempuan melayu...bukan korang tak tau..pantang tengok lelaki bangsa asing..nak nak yg dr bangla...dan afrika...nak lesung batu agaknya...
Catat Ulasan