5 Nov 2010

Kalau Bukan Di Kelantan, PAS/PR Dah Kalah Lebih Teruk Lagi

Galas beri isyarat Umno akan rampas Kelantan

GALAS: Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas hari ini.

Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.

Jika keputusan Galas dijadikan ukuran, PAS menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kuasa di negeri pantai timur itu.

Calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti menyakinkan iaitu 1,190 undi. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.

Daripada 13 peti undi, PAS hanya menang satu di Sungai Terah dengan majoriti 285 undi.

Agak mengejutkan BN mendapat undi majoriti pengundi kaum Cina yang pada pilihanraya umum lalu menyokong PAS.

Mengapa PAS kalah kali ini sedangkan pada 2008 calon mereka, Che Hashim Sulaima menang dengan majoriti 646 undi. Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat kanser.

Tengku Razaleigh Hamzah nyata masih berpengaruh di kalangan pengundi Gua Musang. Tiada siapa pengundi Galas yang tidak mengenalinya. Peribadi anak raja itu menjadi ikon di Gua Musang.

Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk tempatan masih mencengkam kemas di Galas. Beliau akan menjadi aset BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Serangan bersepadu jentera kempen BN terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS berjaya menyakinkan pengundi secara keseluruhan. Terlalu banyak penyelewengan kerajaan PAS didedahkan oleh BN termasuk isu ladang rakyat.

Satu lagi faktor kemenangan BN ialah demam bola sepak Kelantan yang menjalar hingga ke Galas. Gelombang merah ekoran kemenangan Piala Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi memberi sokongan kepada BN.

Ini kerana Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang membawa kemenangan bola sepak Kelantan dalam piala paling prestij itu merupakan orang kuat Umno Kelantan. Beliau merupakan ketua Umno bahagian Peringat.

Keputusan petugas BN dan Umno memakai baju T merah sebagaimana idea bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyemarakkan lagi semangat petugas BN.

Kesimpulannya, kemengan BN di Galas ini adalah hasil kerja keras parti itu yang mahu menyelamatkan rakyat Kelantan dari terus ketinggalan.

Bagaimanapun, adalah silap untuk mengatakan keputusan Galas itu merupakan satu jaminan kepada BN merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Cuma ia memberi sedikit kelegaan kepada Umno negeri itu yang diketahui kaya dengan pemimpin berwibawa tetapi sering bermasalah.

Tengku Razaleigh akan menjadi penyelesai kepada BN Kelantan kali ini. -FMT

Ulasan GB

Bukan itu saja.

Ia adalah isyarat bahawa PR keseluruhannya sudah parah. Adakanlah pilihanraya kecil dimana-mana selepas ini, peluang PR untuk tewas terlalu besar.

Kepimpinan PR kini yang dipersoalkan.

Pemerhatian GB - jika pilihanraya kecil itu bukan di Kelantan, besar kemungkinan PR kalah LEBIH DASYAT lagi.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Faktor-faktor kekalahan PAS diGalas:
(1) Calun yang sudah kalah 2 kali diketengahkan.Sudah 2 kali calun ni ditolak oleh pengundi Gua Musang,tapi PAS Kelantan masih mau dia dijadikan calun.
(2) Salah jentera - PAS Pusat ambil alih jentra pilihanraya diGalas.Ini tidak berlaku dipilihanraya Manik Urai.
(3)Pekerja dan penyokong yang datang dari luar Kelantan tidak diberikan tugas dan peranan yang wajar.Dalam hubungan ini,kelemahan diManik Urai tidak dibaiki.
(4) Pemimpin-pemimpin yang mengendalikan jentra diGalas terdiri dari gulungan yang sudah wajar "bersara".Strateji-strateji mereka gagal menandingi stateji-strateji UMNO.Pinang tua memang lemak dibandingkan dengan pinang muda tapi ini bukan acara makan sirih tapi pilihanraya dizaman cyber.

Tanpa Nama berkata...

salam

ini adalah kemenangan rakyat galas bagi kuli bukan bn semata2.

cuma pihak kena kurangkan kontroversi dalam setiap strateginya terutama dlm prk yg mana sbg contoh TGNA bagi zakat pada 3 org asli dah nyata sprm boleh caj bawah kesalahan pilihanraya. strategi2 macamnilah yg membunuh kemajuan kempen pas pada saat akhir.

tengok pihak bn eksplotasi gambar TGNA bagi zakat tersebut dalam bentuk banner yg boleh menimbulkan imej yg kurang baik pada parti PAS.

Maka ni ingatkan lah kepada PR jika dalam PRK jgn melakukan strategi2 yg boleh merosakan imej parti yg ingin bertanding.

tq

Tanpa Nama berkata...

terlalu banyak duit BANYAK SANGAT DUIT digunakan bagi memenangi dan meraih rakyat yang buta dek duit yang mengadai maruah dan sanggup membelakangkan ajaran islam....

persoalan: kenapa pas pkr terikut2 rentak bn dalam pilihanraya galas? kenapa pas tidak meletakan calon orang berasal dari galas? daripada yang diamati strategi tak mcm dulu...

Diharap jentera pas pkr dapat mengemaskini senarai pengundi terutamanya bagi kedah, kelantan, selangor, pulau pinang, perak

ingat janji PM dia sangup buat apa saja demi mempertahankan putrajaya petikan masa perhimpunan umno

rasa bingung juga...

Sekadar cadangan ringkas:
1. Setiap kehadiran wajar didaftarkan. Beri kad, kenakan RM 5. Jadi adalah juga duit masuk untuk PAS!
2. Agihkan tempat untuk merayu pada hari mengundi. Mungkin boleh buat rehearsal. Sekaligus kempen tidak rasmi!
3.Taklimatkan jenis laungan, pekikan, yang akan digunakan... Kena lantik ketua bagi setiap UPU... Mungkin boleh paparkan lokasi Pusat Mengundi. Dapatkan idea dari peserta dan buat keputusan bersama.
4. Surau masijd, markas perlu dihidupkan... Orang yang hadir ini jangan biar jadi penganggur... Kuliah, tazkirah setiap lepas waktu solat.. Melepak tidur cuma menghabiskan air di tandas sahaja. Pastikan ada kelompok ahli zikir di setiap lokasi penginapan...
Ini semua perlu dirancangkan awal-awal. Tanpa perancangan awal sudah pasti akan ada orang yang balik awal kerana bosan tidak diberi kerja, hatta menebar risalah....

Tanpa Nama berkata...

faktor kerjasama dalam pr juga menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli pas.. terutama dap.. tidak nampak sokongan yang serius dari rakan2 pr dalam kempen.. sekadar melepas batuk ditangga

Tanpa Nama berkata...

Tal ada sebab lain kekalahan PAS dan PR amnya didalam PRK kali ini ...jangan nak salahkan jentera..ini semua sebab rakyat sudah dpt menerima Najib dan segala plan 1Malaysia nya..dan tambahan pulak, banyak isu yang dikeluarkan di TV yang tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Kebanyakan kerajaan negeri pembangkang ini...bila ada isu yang diutarakan oleh media, agak susah untuk menjawab atau menepis..di biarkan rakyat mendapat berita dari tv pro kerajaan. Sedikit sebanyak ianya akan terpahat didalam kotak pemikiran seseorang..

PR akan tinggal nama dan dalam kenangan tak lama lagi kerana kebanyakan pemimpinnya masih nyenyak tido dan asyik berpolitik yang tidak bawa apa2 pekdah pd rakyat...jadi YB bukan utk tolong rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Tu yg BN/UMNO dok beri duit kat pengundi tu ape bendenye ..tu yang mereka dapat menang terutama atas pagar dan pengundi Cina/India

PAS hanya bagi tambang balik berapa orang je dan Zakat kat 3 orang..

...hanya PAS tak leh cover pengundi orang Asli kerana dalam tangan YB Tengku Razaleigh...PAS/PR HURMATI TENGKU RAZALEIGH..tu saja..tak kan ko semua tak dapat fikir..

lain perkara tak beri kesan apa..kerana dunia semua tahu perihal kebejatan BN/UMNO..tunggu PRU13 saja..

Tanpa Nama berkata...

cari2lah dimana kesilapan kita... dan perbaiki kelemahan yang ada... jangan perkara2 begini terjadi lagi pada pilihanraya ke 13 nanti...
sedihnya bila memikirkan betapa rakyat telah diperbodohkan oleh orang2 umno bee end.. apakah akan terjadi kepada negara yang kita sendiri akui yang kita sayangkan malaysia... bagaimana nanti kalau kita bakal menjadi kuli di tanah tumpah darah sendiri angkara kedurjanaan yang dilakukan oleh umno bee end... tidak takutkah kita masa depan anak cucu kita nanti akan menjadi lebih tersasar daripada ajaran islam itu sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan PAS sudah dijangka dan bukan kerana calon yang dipilih. Jentera BN telah bergerak semenjak Adun kita sakit lagi... tambahan pula pengaruh kuli dan peranan orang asli... mereka ini dijaga dengan sempurna dan tiada peluang utk pas mendekati org asli ini.. jadi inilahh tali hayat akhir umno. andainya org asli tiada kemungkinan besar umno akan tumbang.. undi orang asli hampir 2000.. Umno menang cuma 1190 sahaja... jadi jgn letakkan kesalahan kpd calon. Ini PRK.. UMNO akan lakukan apa saja. Tunggu PRU 13