7 Nov 2010

Asri: Pemimpin PKR, PR Perlu Belajar Berlapang Dada

Dr Asri: 'Dinosour' PKR enggan terima hakikat

Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.

Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".

"Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan Pakatan Rakyat yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI (Anwar) sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.

"Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai," katanya.

"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.

"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.

Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.

Tokoh agama itu mengingatkan, momentum sesebuah aliran politik tidak akan kekal selamanya kerana rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam'.

Sebaliknya, tambah Dr Asri, mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'.

"Sebab itu, jangan hairan jika 'momentum Barack Obama' boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan," katanya sambil membandingkan dengan kepimpinan presiden Amerika Syarikat itu.

Sehubungan itu, kata Dr Mohd Asri, jika perkara tersebut berterusan, Pakatan Rakyat akan hilang momentumnya disebabkan pelbagai perkara.

"Salah satunya ubat bagi saya; keperluan 'mentajdidkan' (memperbaharui) pemain utama. Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!" tegasnya.

"Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!" -mk

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Dr Asri buta mata hati ke apa ? Kamu tak nampak ke setiap hari setiap malam setiap saat pemimpin PR dikritik oleh berpuluh media bercetak, media letronik berlesen di negara ini.

kalau setakat kritik macam tu saya boleh katakan poorah saja kepada Asri. atau kalau Anuar berundur boleh dan mampukah asri jadi penggantinya ? Layakkah Asri ? kalau tidak hentikan lauang cari makan itu Asri...

adnan M

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PKR memang mudah melenting. Mereka sedang berhempas pulas nak jadikan PKR parti dan dia sendiri atur...ringkasnya diktator.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PKR memang mudah melenting. Mereka sedang berhempas pulas nak jadikan PKR parti yang dia sendiri atur...ringkasnya diktator.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya secara ikhlas mana ada pemimpin yang sempurna samada pada zaman yang lalu ,kini dan akan datang KECUALI Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu saranan Dr. Asri bagi saya adalah boleh diterima tetapi mengapa beliau hanya melihat kepada Anwar sahaja? Mengapa tidak kepada Tun Mahathir,Taib Mahmud (CM Sarawak ) Ali Rustam yang terang-terangan rasuah dan lain2 pemimpin UMNO? Mengapa hanya kepada Anwar Ibrahim?

Adakah dengan anwar berundur maka momentem PR akan melonjak semula ? Mengapa beliau tidak memberi saranan yang sama kepada TG haji Hadi ,TG Nik Aziz atau mustafa Ali atau Bakar Chik atau Harun Taib?

Dr.asri sekiranya benar untuk tidak berpihak perlu memberi pendapat yang samarata dan tidak terikut -ikut dengan berpihak.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dr Asri memberi pendapat, Dr Nor Manuty juga memberi pendapatnya, kenapa pula Dr Asri nak melenting...biasalah ada yg menyokong dan ada yg membangkang .... kenapa dia nak ulas balik, Dr Asri pun sama, tak boleh orang bantah komennya .........fikirkan ...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Dr Asri perlu menjawab balik,tidakkah beliau perlu berlapang dada menerima komen keatas teguran beliau,2x5 sahaja.

Tanpa Nama berkata...

anon 11.06 dan 11.10

mana ada asri melenting dah.. dia cuma ulas balik..

lagipun asri bukan org politik.
pemimpin pkr yang tak sepatutnya melenting bila ditegur sebab depa org politik, kenalah berlapang dada macam asri ckp.

sorry, jika dibuat perbandingan, saya rasa antara asri dengan anwar, jauh bersih peribadi asri.

anwar walaupun setakat ni tak terbukti dia meliwat kerana tiada 4 saksi, tapi ramai berpendapat peribadinya sgt diragui.

Di dalam Islam pula nak jadi pemimpin, seseorang itu hendaklah tidak dipersoalkan kredibiliti dan peribadinya.

Bala akan turun jika salah pilih pemimpin.

lutfi berkata...

O you who believe!
persevere in patient & constancy;
compete in such perseverance;
strengthen each other;
and fear Allah;
that you may prosper.. Alimran,200.

kalau tak boleh nak strengthen each other, duduk diam lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

lutfi,

menegur untuk membersih akan menguat dan memperkukohkan parti.

berdiam diri terhadap kerosakan akan menghancurkan parti.

jangan nanti seperti dikata Nabi, menjadi syaitan bisu.

Tanpa Nama berkata...

Adalah menjadi lumrah,ahli-ahli politik biasanya tak suka dikritik,apatah lagi jika telah dan sedang memegang kedudukan tinggi.Walau pun depa kata: Kami sedia dikritik dan ditegur. Itu cuma wayang aje.Yang turut tersinggung,ialah kutu-kutu yang berada disekeliling pemimpin tu,depa akan lebih sudu dari kuah.
Untuk menegur ahli-ahli politik ni,tak perlu orang politik,tak memerlukan PHD dibidang Sain Politik dan tak perlu berkecimpun dalam politik sejak 1957.Ahli politik adalah macam "product".Sesuatu product tu ada jangka hayatnya.Apabila sampai masanya,sudah tidak boleh "repackaging" atau "rebranding" - maka wajar diganti dengan product yang baru. Itu saje.

Tanpa Nama berkata...

DSAI prnah minta utk berundur suatu ketika dulu dlm kes ADUN PKR yg ramai lompat. Namun pimpinan PAS/DAP masih mahukan DSAI.

Asri nk tegur, itu hak dia xde masalah.. Cumanya apakah pimpinan utama PAS/DAP juga akan setuju DSAI berundur?

Klu DSAI berundur, siapakah ikon yg boleh menyatukan PAS/DAP?

Siapakah watak licik yg mampu menggongcang umno/BN?

Apakah sejarah 2004 akan kembali bilamana DSAI berundur/ditahan?

Apakah dgn masalah 2 team yg ada dlm PAS mampu mengatasi masalah ini?