Galas: SPR Jawab Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangn Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.
Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.
"Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.
Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.
Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.
Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.
"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.
Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.
"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.
"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya. -mstar
Ulasan GB
Tidak seperti selazimnya, pengumuman tarikh pilihanraya atau plihanraya kecil biasanya diumumkan oleh Pengerusinya sendiri iaitu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Tetapi kali ini ia diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, seorang anak Kelantan.
Mengenai tarikh mengundi bagi PRK Galas yang jatuh pada 4 November memamng ketara terlalu berpihak kepada UMNO BN. Terlebih lagi ianya dilakukan sewaktu DUN Kelantan sedang bersidang.
Jawapan Datuk Wan Ahmad mudah, ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.
Persoalan kini DUN Kelantan tidak dihormati sebagai sebuah insitusi penting di dalam sebuah kerajaan negeri, dalam konteks ini kerajaan Kelantan.
Wan Ahmad dilihat cuba memusingkan fakta dan mengelirukan rakyat.
Sebarang persidangan DUN dirasmikan oleh Sultan sesebuah negeri, dan sebarang ganggu-gugat perjalan persidangan itu sebenarnya tidak menghormati malah mencemari Sultan di negeri berkenaan.
Ia bukan persoalan ramai atau tidak keterlibatan pemimpin yang ada di dalam pilihanraya yang diadakan, tetapi menyangkut persoalan SPR tidak menghormati sebuah institusi yang paling penting di dalam sesebuah negeri selepas institusi raja.
Hairan, seorang penjawat awam boleh bertindak sedemikian rupa semata-mata untuk melaksanakan agendanya bagi memberikan kelebihan kepada UMNO BN supaya menang di dalam PRK berkenaan.
Mungkin sebagai persediaannya untuk cepat menggantikan tempat pengerusi SPR yang akan bersara.
Tetapi, kita yakin, perencanaannya itu akan digagalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

6 ulasan:
hang ingat rakyat yg layak mengudi macam budak2 belum baliaq boleh dikelentong idup2 akai adaka?.
Dato Wan Ahmad Wan Omar tak usah nak kelentonglah.Sejak bila SPR mementingkan pengundi? Dipilihanraya kecil Hulu Selangor begitu ramai pengundi ditukarkan tempat mengundi tanpa mereka ketahui.Konon tak sempat nak maklumkan.Poodah!!!Mengundi hari Khamis 4hb Nov.bukankah itu hari orang bekerja? Tak kiralah sama ada pengundi diGalas tu ramai dari bekerja sendiri,petani tau penoreh getah.Mengundi pada hari "orang bekerja" itu satu keputusan yang kurang cerdik.Sama dengan memutuskan diadakan pilihanraya waktu musim haji,satu keputusan bukan sahaja kurang bijak tapi bangang.Inilah akibatnya,jika tak bebas dan jadi cawangan UMNO.
selagi BN perintah bagaimana SPR nak jadi badan bebas?
Datuk-Datin di SPR, Assalammualaikum,
Itu belum memilih calun, belum lagi nak pilih wakil. Mengapa susah sangat memilih hari. Yang kerja di pejabat tu bukan calang-calang orang. Yang berkelulusan tinggi dan yang bergelar. Pilih sajalah hari publik holiday. Semuanya beres.
Jangan-jangan hari rehat mesti rehat sahaja. Maklumlah banyak tekanan seteres ?. Kerja hanya jam 8 nga 5 sahaja. Satu jam makan 15 minit rehat minum pagi petang. Nak tahu senang-ke susah kami kerja mari sama kerja kat kilang. Tak payak pakai kot tak payah tie. Pen pun tak pakai. Dengar seren, letak barang pergi kantin, makan. Nak solat ?.... tanya diri. Hati mahu baik Datuk, amanah !, mati masuk syurga.Wasallam
semoga Allah kembalikan rancangan jahat kpd mereka kembali... dan menghancurkan pakatan geormbolan UMNGOK...
ZZZ...Menang jadi arang.. Kalah jadi abu...zzz
Catat Ulasan