Puad kena ‘boo’ kata Kelantan tidak disisih
KOTA BHARU, 3 Okt: Jarang kita melihat ada menteri yang diboo orang ramai pada wacana perdana apabila jawapan diberi tidak dapat diterima penonton.
Itulah nasib yang menimpa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zakarshi apabila menganggap Kelantan tidak disisih dalam konteks semangat federalisme di negara ini.
Katanya, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tidak menggambarkan Kelantan diganggu gugat kerajaan Persekutuan.
“Sebenarnya ramai tidak faham apa itu federalisme,” katanya ketika menjawab soalan pada wacana perdana bertajuk Wawasan 2020, Realiti atau Ilusi yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre di sini, malam tadi.
Belum pun sempat Puad menjawab orang ramai meneriak dan memboo berkali-kali jawapannya.
Ekoran itu katanya, ”kalau tidak mahu mendengar tak apa lebih baik saya alih kepada soalan lain.”
Sejak awal wacana lagi Dr Puad tidak disenangi penonton apabila banyak jawapannya lebih bersifat teknikal yang sukar difahami orang ramai yang memenuhi ruang dewan tersebut.
Dua lagi ahli panel, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman. Manakala Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Wacana siri keenam itu dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Pada wacana yang diadakan pertengahan tahun lepas, Puad membatalkan kehadiran di saat-saat akhir.
Ekoran itu pihak penganjur menjemputnya buat kali kedua malam tadi.
Ketika menjawab isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan, Puad mengulangi pendirian kerajaan pusat dengan mengatakan negeri ini tidak layak menerimanya.
Asas jawapan yang digunakan iaitu lebih dari tiga batu nautika.
Bagaimanapun hujah itu ditolak Saifuddin dengan membentang fakta perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Ketika Dr Puad menyebut fakta 3 batu nautika penonton sekali lagi naik angin dengan menyebut pelawak (bohong).
Malah katanya, kalau ramai masih tidak puas hati beliau sanggup menyertai debat dalam isu tersebut.
Namun katanya, beliau tidak mahu menghurai panjang isu berkenaan kerana ia sudah dibawa ke mahkamah oleh kerajaan negeri.
”Biarlah mahkamah yang membuat keputusan,” katanya.
Turut mengikut forum tersebut ramai di kalangan warga pendidik.
Bagaimanapun ramai di kalangan mereka tidak senang dengan jawapan diberi Puad dalam banyak isu.
Seorang dari mereka menyebut jawapan timbalan menteri hanya berputar pada perkara yang sama kerana tidak ada hujah bernas.
Seorang lagi guru yang juga aktivis Umno mencadangkan kerajaan negeri menganjurkan wacana bertajuk 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.
Pada sidang media selepas itu, Dr Puad memuji pihak penganjur mengadakan wacana tersebut yang dianggap sebagai satu permulaan yang baik.
Bagaimananapun beliau agak terkilan apabila penonton tidak dapat mengawal emosi.
“Sepatutnya kita mendengar dahulu pandangan orang lain.
”Wacana ini merupakan satu platform yang baik dan perlu diteruskan. Ini dapat melahirkan generasi muda yang lebih terbuka,” ujarnya. -harakahdaily
Ulasan GB
Kita berharap Puad Zakarshi telah mendapat mesej yang jelas dari rakyat Kelantan, bahawa kamu Puad, usah berdalih dan jangan samasekali memperbodohkan rakyat Kelantan.
Kerajaan UMNO BN yang tidak menghormati semangat Federalisma serta terus melakukan rampasan royalti lambat-laun pasti akan tersungkur ke bumi.
Kelantan adalah negeri yang miskin tetapi dipimpin oleh seorang yang beriman dengan hukum-hakamNya, lalu Allah melimpahkan kepada Kelantan hasil minyak yang banyak, namun ia dirompak oleh Kerajaan UMNO BN. Allah menangguhkan hukumanNya ke atas UMNO BN sehinggalah ke satu masa, pada satu hari yang tidak akan dapat ditolak.

1 ulasan:
Selamat Ari Raya,
Beliau nih memalukan 'kaum kerabat' di pendidikan sahaja. Letak jawatan lagi bagus. Terasa kesian pulak kepada cikgu-cikgu sekalian. Jasa anda semua tetap tak ternilaikan. Tak malu ke..!!?
Kalau aku, memang sangat memalukan. Boss kita kena boo.. lah katakan. Jawabnya sembunyi muka bawah meja la, apa lagi. Tak pun pakai uniform sama macam murid. Menyamar.
Maap Zahir dan Batin.
Catat Ulasan