Helah gadis laram baju
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tidak menyangka tindakan anak gadisnya berusia 17 tahun melaram dengan berhias diri serta memakai seluar jeans dan berbaju-T ketika menunaikan solat Isyak di kediaman mereka di Kampung Melayu Baru, Gelang Patah, di sini, Khamis lalu, adalah rancangan gadis terbabit untuk melarikan diri bersama kekasih.
Salina Salleh, 41, berkata, dia terkilan apabila mendapati anaknya, Nazlia Mohamed Azlan Putra menghilangkan diri dari kediaman mereka sejurus azan Subuh keesokan harinya (Jumaat).
Menurutnya, hanya selepas kejadian dia dan suami faham mengenai perubahan sikap Nazlia berpakaian pelik seolah-olah mahu keluar bersiar-siar walaupun ketika menunaikan solat bersama-sama.
“Kami tidak menduga kejadian seperti itu berlaku memandangkan hampir dua bulan saya dan suami mengawasi kegiatannya di dalam mahupun di luar rumah kerana sedar cubaan teman lelaki Nazlia mempengaruhinya supaya melarikan diri.
“Saya sanggup bersengkang mata menjaga Nazlia dan melarang dia bertemu lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit, termasuk menghalang mereka berkomunikasi menerusi telefon bimbit,” katanya.
Menurut Salina, ini bukan kali pertama Nazlia melarikan diri dari rumah kerana sebulan lalu, perkara sama dilakukan gadis itu dengan seorang daripada teman lelakinya.
Bagaimanapun, Nazlia berjaya ditemui hasil maklumat seorang kenalan keluarga mereka. Salina sekeluarga semakin bimbang dengan perlakuan Nazlia kerana dia terus hanyut dengan gelora cinta, malah sanggup melarikan diri buat kali kedua.
“Selepas azan Subuh pagi kejadian, kami dapati Nazlia sudah tiada di biliknya dan pemeriksaan mendapati barangan peribadi miliknya juga di bawa bersama.
“Kami cuba mencarinya di kawasan sekitar, tetapi hanya menemui motosikal ditunggangnya ditinggalkan di hentian bas Gelang Patah,” katanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada hari kejadian.
Pemeriksaan pada telefon bimbit Salina mendapati nombor tidak dikenali dan rujukan pada buku nota Nazlia, nombor berkenaan milik teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Rin.
Menurut Salina, keluarganya yakin Nazlia termakan kata-kata manis yang dikirim Rin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa pengetahuan mereka ke telefon bimbitnya.
Sementara itu, bapa Nazlia, Mohamed Azlan Putra Omar, 48, berkata, dia ada menghantar SMS kepada Rin bertanyakan keadaan anaknya dan lelaki terbabit mengakui gadis berkenaan kini bersamanya.
“Bagaimanapun, Rin enggan memberikan alamat dengan alasan Nazlia enggan pulang. Selepas dipujuk barulah lelaki terbabit memaklumkan mereka berada di sebuah rumah di kawasan Felda di Kota Tinggi.
“Jika benar mereka menyukai antara satu sama lain, kami tidak menghalang, tetapi biarlah Nazlia pulang ke rumah dulu. Urusan seterusnya biarlah keluarga menyelesaikannya mengikut agama serta adat,” katanya.
Pada masa sama, Mohamed Azlan turut berharap Nazlia menamatkan kursus pengurusan komputer diikuti di Pusat Giat Mara sejak tiga bulan lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nazlia diminta menghubungi talian 016-7360978, 014-3868532 atau balai polis berhampiran. -hmetro
Kes 2
Keluarga terima dua panggilan berbeza
PRAI: Kelibat bakal pengantin, Siti Nor Paraf Ismail, 22, yang dilaporkan hilang sejak 25 September lalu selepas menghantar kad jemputan majlis perkahwinannya kepada rakan di Pinang Tunggal, Kepala Batas, didakwa dilihat di dua negeri berbeza.
Ahli keluarga gadis berkenaan, Abdul Razak Darus, berkata sejurus berita kehilangannya disiarkan Harian Metro Sabtu lalu, dia menerima dua panggilan telefon masing-masing daripada lelaki dan wanita yang mendakwa Siti Nor Paraf berada di Sabah dan Gerik, Perak.
“Kira-kira jam 9 pagi semalam (Sabtu), seorang gadis yang mendakwa dirinya pelajar menghubungi saya melalui nombor telefon yang tertera dan menyatakan Siti Nor Paraf ada di Sabah dan ketika itu tidur di sebuah asrama pelajar.
“Gadis itu memberitahu dia menyelamatkan Siti Nor Paraf daripada satu kumpulan yang menculiknya dan meminta kami mengirimkan RM800 untuk membeli tiket kapal terbang untuk membolehkan Siti Nor Paraf pulang dari Sabah ke Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Abdul Razak berkata, kira-kira jam 2 petang hari sama, seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Pak Long, menghubunginya dan menyatakan ternampak kelibat seorang gadis seakan-akan Siti Nor Paraf di pekan Gerik, Perak sejak lima hari lalu.
Begitupun katanya, Pak Long memberitahunya gadis itu tidak bertudung dan berjalan bersama seorang lelaki berusia sekitar 20-an. -hmetro

3 ulasan:
sebenarnya kes anak gadis hilang boleh di cari.. kalau pihak yg berkaitan nak wat kerja lah.. no hp gadis tu dah tau.. so apa lagi semak dgn telco.. no call in out / sms in out then boleh detect pemancar mana dr no tersebut membuat comunication log. so yg di cari ada di dalam lingungan pemancar tersebut...
Betul tu kalu nak kesan kat mana mereka mudah saja seperti diatas pi jumpa Telcom mereka boleh detact.Masalahnya Orang Melayu ni asik dok Ikut cara UMNO fikir,asik dengan hiburan ,TV3 yang di sajikan dengan berbagai hiburan agar melalaikan lepas itu tunjuk muka Najib dan Rosmah sampai tak ambil pusing apa kemudahan teknologi yang ada
Perkara yang dikatan oleh sipolan diatas itu adalah benar. Saya berkerja dengan syarikat telco terbesar di MAlaysia ini. Jangankan panggilan telefon, membaca SMS dan juga mendengar secara curi perbualan juga kami boleh lakukan. Kenapa pihak polis malaysia ni terlalu lembab. semua siasatan kena minta tolong dengan masyarakat. Lihatlah apa yang trjadi dengan mendiang sosilawati. kami mengesan mangsa dihubungi suspek sebanyak berbelas kali sebelum kejadian.
Catat Ulasan