19 Okt 2010

Kabinet Najib Ada Menteri "Putar Alam"..

Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

"Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

"Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

"Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi.

Ahmad Maslan dalam responsnya bagaimanapun mengajak Mahfuz berjumpa di luar dewan termasuk di Galas untuk selesaikan pertelingkahan tersebut.

Sementara itu, bercakap dalam sidang medi di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz menggesa Felda diletakkan di bawah Parlimen dan mesti menghantar laporan terperinci mengenai permasalahan Felda dan peneroka.

"Saya minta supaya satu laporan terperinci tentang permasalahan hubungan antara Felda dan peneroka dibentangkan di Parlimen. Ini sangat penting untuk kepentingan peneroka," katanya.

Ahmad Maslan turut dijemput ke sidang media tersebut, bagaimanapun beliau menolak dan mahu mengadakan sidang media berasingan.

Pada sidang media sama, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menggesa Felda mengakui kekalahan mereka dan menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada peneroka seperti yang diputuskan mahkamah.

"Bila Felda kalah ertinya kalahlah. Bukan kerana kes peguam tak datang. Dalam rayuan, saya yakin peguam Felda sudah memberikan segala hujah tapi kalah juga. Tapi tak mengaku kalah.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula menggesa Ahmad tidak memutar belit fakta sebenar berkaitan kedua-dua kes melibatkan Felda.

Yang dipertikaikan sekarang ini lawyer itu layak buat tuntutan atau tidak. Mahkamah kata layak tapi di Parlimen dikatakan seolah-olah tak ada isu. Kalau semua dah setuju kenapa nak bawa ke mahkamah.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mengarahkan agar Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebanyak RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit.

Manakala dalam kes Sungai Koyan, Felda diarahkan membayar RM17 ribu kepada peneroka sebagai wang tanam semula. -harakahdaily

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peguamnya tak berani datang sebab dia tahu kes ini kes Tipu-Orang-Felda. Tak apa Dato' kes ni kes-kacang-putih sahaja.

mtgbertam berkata...

Ahmad Maslan ni spesis yg tidak cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Putar Alam memang salah satu ciri yang mesti ada pada pemimpin UMNO apatah lagi jika nak jadi menteri.Selain ciri Putar Alam mesti ada juga(salah satu atau kesemuanya)Putar Belit,Tipu Melayu,Berbohong(Lidah Biawak),Cakap Tak Serupa Bikin dan Mengampu.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya jika suka cakap banyak dan species yang tak mahu mengaku kesalahan

Budak Jelebu berkata...

Dia ni memang tak layak jadi menteri pun..cuma tanya balik mggu lepas dia tido kat rumah peneroka mana? masa mula2 naik jadi menteri konon nak tido kat rumah peneroka tiap hujung mggu sebab nak dekat n tahu masalah peneroka. kalau Tun mahathir kata PM ke 5 incompetent... ni kira spesis samalah ni...Menteri yg totally incompetent.

zaid kuantan berkata...

DS Najib harap tengok sikit Maslan ni, elok kalau ditukar kat tempat lain yang agak kurang keperluan mengelentongnyer.....