13 Okt 2010

Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran "Datuk" Daripada Ibrahim Ali dan Wan Hashim

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. -mk

Ulasan GB

Wan hashim Wan Daud ialah orang yang pernah mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan telah disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan cara menyamar, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ramalan GB di SINI ada kaitan.

9 ulasan:

Awanama berkata...

Seperti yang diketahui, ramai yang tak layak diberi gelaran Dato di seluruh Malaysia.

Syaaban Ipoh berkata...

Gelaran tu di Malaysia ni dah tak berapa Ummmmph sebab terlampau ramai sangat yang dapat. Dah tu kita semua boleh menilai Dato dan Datuk ni... Rase nyer tinggal saya dan GB je yang belum dapat.....

Awanama berkata...

Jika anda polis, memang sah kena panggil datuk. Baru keluar pusat latihan pun kena panggil datuk. "Maaf datok, lupa bawak lesen..".
Penunggu-penunggu pokok pun orang panggil datuk jugak. "Tabik datuk, cucu numpang buang air bawah pokok nih..". Semua nih ada dalam 1 malaysia nih jer... England, Mekah, Tokyo, Miami dan Welington tak jumpa dialog berkenaan.

Awanama berkata...

Sepatutnya Pak Braheng ni ditarik juga kerusi parlimenya, pasal khianatnya pada PAS, tanding atas tiket PAS lepas tu hentam PAS.

Isk..isk...isk..PAk Braheng jahak sokmo mu pak braheng....kalu kawe, kawe malu nak jadi ahli parlimen dah...mungkin kawe jadi tok siak saja..

Non Penang berkata...

Pak Braheng bukan kerja kerana gelaran, wa tau. Orang bagi ambik, orang nak balik, serah balik. Kata tak apa tapi sebagai manusia biasa rasa terkilan mesti ada. Steady Pak Braheng, tak tanya ka kot-kot selangor dan melaka nak tarik balik gelaran yang depa bagi ?

Martoiriat berkata...

Memang kedua-duanya pengkhianat, layak ditarik balik gelaran 'Datuk'. Nak gelaran 'datuk' pun melobi sana sini.. padam dengan muka..

Awanama berkata...

Ibrahim ali ali patut dijadikan pencacai UMNO saja

Awanama berkata...

Ibrahim Ali layak jadi Pak pandir!

Non Penang berkata...

Gamak 830 kata kepada seorang pejuang bangsa tu pak pandir. Pak braheng, aku simpati sama kamu.... opps jangan wak keluar keris tu !