10 Okt 2010

Penduduk Serbu Rumah Gadis Rakam Gambar Jin Dalam Botol

Jertih: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.

Ulasan GB

Kewujudan jin sebagai makhluk Allah selain daripada manusia memang ada. Ini dinyatakan di dalam Al-Quran.

TETAPI menyatakan jin itu boleh membawa menafaat atau mudharat kepada kita, itu adalah salah dan tidak boleh menjadi pegangan, kerana "Innallahu 'ala kulli syain qadiir"... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Kisah-kisah jin yang berlaku di dalam masyarakat hanyalah tipu daya syaitan yang dengannya manusia boleh disesatkan terutama mereka yang tidak berpengetahuan atau cetek pendidikan agamanya.

Manusia yang disesatkan tanpa mengira bangsa, warna, pangkat dan darjat, di dalam kes di atas kita lihat seorang ADUN bersama isterinya hadir sama. Walau bagaimanapun GB berharap kehadirannya hanyalah untuk meredakan suasana rakyat yang berada di kawasannya, bukan untuk tujuan lainnya.

Hal mempercayai kepada kekuatan dan kekuasaan jin dan makhluk halus ini seperti yang GB katakan tadi, ialah apabila aqidah umat Islam yang terlalu longgar. Diperburukkan pula siaran TV di negara ini yang mutakhir ini banyak menonjolkan cerita-cerita khurafat dan tahyul tanpa penapisan oleh kerajaan. GB dah ulas perkara itu di SINI.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AWAS..! Jaga-jaga..!
Nanti kok ada yang cuba 'ekspot' 'hantu-hantu' berkenaan ke GALAS. Kalau dah hantu tu tetap berperangai hantu jugak.
Apakah yang 'menghantui' UBN di Galas kali ini../

vinnan berkata...

INIlah kebodohan orang Melayu yang melemahkan bangsa sehingga Melayu tak mampu saing di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Jonny Labie berkata...

Wio vinnan lu apa macam cakap ? Lu cakap Melayu bodo, apa yang bodonyer ? Awak yang bodo tau tak ! Itu semua jin memang ada, makhluk Tuhan juga apa. Tak pa I hope one time itu jin kasi masuk u punya badan satu kali kasi tengok... Lu bodo ka bodo lu ka..

Amuraria berkata...

ITU JIN SEMUA TARAK APA TAK KASI BAHAYA SAMA RAKYAT MALAYSIA MACAM SATU EKOR ANAK JIN DI SELANGOR HAHAHA ! DIA SUDAH TARAK LARI TAPI ITU HARTA RAKYAT & RM JUGA ADA BAWAK LARI KASI SEMBUNYI KAH KAH KAH ! !