30 Okt 2010

[Bergambar] Ketujuh-tujuh Mangsa Nahas Bas Pelancongan Ditanam Dalam Satu Liang Lahad

Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi telah dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini.

Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka telah dituntut oleh keluarga masing-masing pada pukul 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lepas.

Di Baling, kesemua tujuh jenazah selamat diturunkan ke dalam satu liang lahad sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru Siong di sini petang ini.


Tragedi bas pelancongan: JPJ sahkan pemandu bas tidak mempunyai lesen memandu

KUALA LUMPUR: Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas itu sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Che Husin berkata, pemandu itu yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu itu mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan berkenaan.

"Ini termasuk memeriksa kotak hitam bas tersebut untuk menentukan punca kemalangan sebenar," katanya.

Dalam kemalangan malam tadi, bas rombongan dari Kedah, yang dinaiki 44 penumpang yang terdiri daripada belia Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada 7.50 malam tadi.

Bas itut terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang mengakibatkan tujuh orang maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas berkenaan.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands bertolak dari Kedah pada jam 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi semalam.

Pada 7 malam tadi, rombongan itu bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang, Selangor bagi menyertai program Inap Desa dan dijangka pulang ke Baling, Kedah petang ini.-Bernama


Gambar ehsan Bernama.









6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mangsa korban program politik kotor UMNO yang merasuah rakyat...

Tanpa Nama berkata...

macam mangsa memali akibat korban kerakusan politik UMNO

Tanpa Nama berkata...

Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah .... dahulu dan beristirgfar. Mari kita ramai-ramai buat rombongan hidupkan masjid kristal, biarkan penuh sepanjang zaman.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang menyalahkan pemandu. Adakah perjalanan berkenaan tidak dirancang atai memang tak terancang..?

Jika terancang, tidakkah dipastikan semua sebab yang 'ditudingkan' kepada bas dan pemandu diteliti dan dipastikan..?

Apakan kos rombongan berkenaan saaaangat sedikit hingga itu sahaja kemampuan ('bas buruk dan dakwaan pemandu tiada lesen..!!?),yang dapat diadakan.

Khabarnya rombongan berkenaan anjuran 'belia 4B'. Ia organisasi milik UBN. Bagaimana dengan jumlah peruntukan sebenar projek berbanding penggunaan. Atau ada ketirisan di mana-mana hingga insiden itu terjadi.

Jangan selalu menuding jari kepada sesuatu/seseorang apabila insiden telah terjadi. Mengapa tidak dipersoalkan 'pengurusan' projek berkaitan.
Atau ada sesuatukah yang hendak disembunyikan..!!?
Ampun maaf.

Tanpa Nama berkata...

Keluarga mangsa kemalangan sila seret kerajaan UMNO/BN kemahkamah kerana cuai dan tak bertanggung-jawab sehingga ajensi-ajensi penguatkuasa seperti JPJ dan PDRM tak berfungsi sebagi mana yang wajarnya.Kalau tak buat cara ni, ramai lagi yang akan terkorban dijalan raya.

Tanpa Nama berkata...

UMNO patut bertanggungjawab dan bayar pampasan