4 Okt 2010

Azmin Serang Zaid Habis-habisan Setelah Mendapat Pencalonan Tertinggi

Azmin kecam pemimpin baru yang cuba hancurkan parti

AMPANG: Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam pemimpin yang baru menyertai parti yang didakwa bersekongkol dengan media Umno untuk menghancurkan parti.

Beliau yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata, pemimpin itu mencerca dan pempersoalkan pimpinan parti secara terbuka melalui akhbar milik Umno.

Katanya, jangan ingat dalam demokrasi akan bebas segala-galanya dan bercakap kepada media yang yang sebelum ini kita kata `kertas tandas.’ Bagaimanapun, ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan melawan mana-mana individu yang sanggup menghancurkan parti.

Beliau turut meminta ahli PKR menolak pemimpin ini sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti. "Individu (pemimpin) ini telah mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti kita.

“Siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim. Cermin muka dulu, kalau kita jadi pemimpin adakah kita boleh bawa agenda reformasi,“ katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak hari ini yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Individu ini, kata Azmin turut memperkecil-perkecilkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.

“Jawatan presiden yang disandang oleh Dr Wan Azizah, dia kata boneka sahaja. Syed Husin , pemimpin yang cukup berpengalam yang menghambakan diri kepada perjuangan parti pula dia kata nyanyuk atau nyanyu.

“Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.

Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."

Menurutnya, setelah menang besar pada 2008, gerombolan datang untuk masuk PKR dan parti menerima dengan tangan terbuka.

Tetapi, katanya, ada juga yang masuk untuk merosakkan parti.

Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, orang kuat Anwar itu turut menempelak beberapa pemimpin lain yang telah melompat parti.

"Ada ahli yang baru dua tahun menjadi ahli parlimen melompat parti, ada wakil rakyat yang khianat dan ada pemimpin yang tidak tahan diuji lompat parti dan dapat jawatan Senator," katanya.

Azmin ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan mencadangkan kepada parti supaya mengadakan sistem iaitu mengutamakan kesetiaan sebelum boleh bertanding.

Katanya, dua tahun pertama setelah menyertai PKR adalah untuk melihat dan menguji kesetiaan.

"Selepas dua tahun barulah mereka bertanding jawatan parti, mungkin cara ini lebih baik kepada parti," katanya. -FMT


MB Selangor: Jangan cerca lawan, kempen secara tertib
October 03, 2010

KUALA SELANGOR, 3 Okt — Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang.

Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.

“Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti.


“Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara,” kata beliau yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup di sini hari ini.

Setakat pukul 12.30 tengah hari proses pemilihan masih berjalan dalam keadaan aman dan lancar.

Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR cabang Sabak Bernam, Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas kerana ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini.

“Ia kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya,” katanya.

Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti.

Beliau berkata Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan.

“Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain.

“Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di Selangor,” katanya.

Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini. -TMI


Ulasan GB

GB dah kata, kebenaran akan terdedah juga. Azmin sendiri kini mendedahkan personalitinya yang sebenar.

Kerana mungkin terpesona dengan jumlah pencalonan yang begitu banyak diterimanya, kini Azmin bangun dengan segala keangkuhan menyerang lawannya.

Serangan 1: Beliau menuduh Zaid menggunakan media UMNO iaitu Utusan.

Azmin juga menggunakan media UMNO, Berita Harian untuk mengangkat dirinya sendiri.

"Saya berkhidmat dengan Anwar selama lebih 26 tahun termasuk 13 tahun dalam kerajaan dan saya adalah pegawai yang paling lama memberikan khidmat kepada beliau, tujuh tahun ketika beliau berada dalam penjara saya terus setia pada perjuangan dan menjaga kebajikan keluarganya.

Saya tidak pernah berganjak daripada prinsip perjuangan ketika PKR berada pada tahap paling lemah terutama ketika pasca 2004 walaupun pemimpin lain bertindak keluar parti. Ini adalah sejarah yang tidak boleh dipadamkan, saya diuji, teruji tetapi tetap istiqamah dalam perjuangan, katanya kepada Berita Harian."


Selain menggunakan media UMNO, tidak ada yang jelek selain dari perbuatannya memasukkan diri ke dalam bakul, sama perangai dengan Ezam yang masuk dalam kotak.

Zaid sendiri mungkin tidak tahu bahawa Utusan Malaysia mewawancaranya secara ekslusif dan disiarkan secara penuh wawancara itu kerana berkemungkinan Zaid hanya menjangka wartawan-wartawan Utusan itu sekadar ingin mendapatkan berita daripadanya. Sementelah lagi, media-media PKR seperti Suara keadilan dan TVSelangor telah menutup semua ruang untuk Zaid.

Zaid belum lagi masuk bakul!

Serangan 2: Kata Azmin "Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi.."

Betul tulis seorang pengkomen di dalam blog GB. Katanya: Orang boleh tawarkan diri untuk rebut jawatan sejak di hari pertama seseorang itu menjadi ahli. Perlembagaan parti tidak menghalangnya. Anwar, atau sesiapa juga tak boleh halang.

Lama di dalam parti tak semestinya boleh membela ahli, baru di dalam parti tak semestinya perlu dihalang untuk bertanding merebut mana-mana jawatan dalam parti.

Gila apa nak halang2 ahli bertanding. Mana demokrasi yang dilaung-laungkan oleh parti?.


Fikir-fikirkanlah!



18 ulasan:

zamri berkata...

azmin tak perlu berbuat begitu dan menampakan perangai sebanar , apa pun berita dari FMT sy mempercayai hanya 50 peratus , klu berita ini keluar dalam malaysiakini maka sy benar percaya

Tanpa Nama berkata...

ini bukan angkuh...ini realiti...betul ckp Azmin...

baru stahun masuk parti, dah nak bertanding...dulu janji nak pegang role mcm advisor je...skrg nak rebut jawatan....

jgn igt dekat UMNO xdpt jawatan, dekat Keadilan akan disanjung...no way man...

mmg patut cermin diri dulu....

Tanpa Nama berkata...

Adui yai,
Belum dapat negara sudah perang besar. Bekas-bekas UMNO nih sukar nak berubah. Lambat laun perangai mereka begitu jugak.
Azmin punya 'peluru' nih bukan menghancurkan tubuh Zaid tetapi PKR yang bakal berkecai...
PAS pula akan tersungkur sama bersama rimbunan PR yang yang 'ditebas' oleh si Azmin...
Harap-harap DAP dapat jadi penyelamat rakyat apabila 'pendekar-pendekar' melayu gila kuasa itu sudah membuka pencak.
Pinjam trade mark si Nabil, Li pikir lah sendiri.
Al-Hasil PR berkecai oleh angkara ahlinya sendiri... BUKAN UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

teruk betol azmin.
mentang dah dpt pencalonan yg banyk, ego dan terus membelasah lawan.

mcmni ker nak jadi pemimpin no 2?

Tanpa Nama berkata...

Ada benarnya kata Azmin.... Untuk mengetahui tahap mana kesetiaan seseorang perl;u ada kayu ukurnya....mungkin mereka ikhlas dan mungkin tidak tapi..... sekurang-kurangnya teguran sebegitu patut diterrima baik walaupun ianya pedas, walaupun ianya tajam tyapi demi kebaikan parti kita patut fahamn...kerana kiranya belrlaku sesuatu hal...seperti apa yang berlaku di Perak misalnya ...maka PKR akan hancur.... Jadi setiap inci, setiap penjuru perlu kita halusi.... kerana kekuatan kita masih belum boileh dibanggakan. Kalau benarlah apa yang Azmin perkatakan, maka menyesal dahulu pendapatan ...tapi menyesal kemudian hancaur segalanya.

berwaspadalah.

Tanpa Nama berkata...

serigala berkulit bebiri telah mula menunjukkan taring dan menerkam mangsanya....

azmin akan jatuh tersungkur sekalipun akan menang sebagai timbalan presiden nanti.

Tanpa Nama berkata...

biasanya org camni naik tak lama. x percaya kita tengok ler nanti.

bodoh punya azmin. dah ketara sgt niat jahatnya skrg.

Martoiriat berkata...

Memang yang mengotorkan politik hanyalah orang-orang politik itu sendiri. Jatuh menjatuh diantara satu sama lain sudah menjadi lumrah dalam politik. Khianat, dengki dan fitnah menjadi mainan orang-orang politik Tidak mustahil dalam politik musuh bolih jadi kawan dan kawan pula dianggap musuh.
Kempen sana sini memburukkan diantara satu sama lain hanya untuk mengekalkan kuasa. Tak lebih dari itu. Contohnya lihatlah apa yang berlaku terhadap Azmin Ali yang telah pun bermegah dapat mempertahankan pengaruhnya di Gombak. Berkempen hanya untuk memburukkan lawannya akan memburukkan lagi keadaan dalam Pkr. Janganlah dengan kemenangan itu, Azmin telah mendabit dada dengan membuat kenyataan2 yang bolih menghancurkan pkr. Apa salahnya sekira beliau tutup mulut dengan hanya berdiam diri. Kempen biarlah secara sihat dan tidak memburukkan lawan. Apakah dengan cara begitu, beliau bolih jadi pemimpin yang baik dan berpengaruh? Jangan jadikan PKR itu milik kita dan kita bolih buat apa saja yang kita mahu.
Jika ianya berterusan akan timbulah berpuak-puak dan akan berlaku perpecahan dalam parti itu sendiri.
Terus terang dikatakan, Pkr bukan sebuah parti yang bolih dijadikan contoh dalam pemilihan calun pimpinannya dan tak ubah sebagaimana kempen dalam pemilihan agung Umno. Benarlah kata puak-puak politik kedai kopi, pemimpin2 PKR kebanyakannya spesis Umno

Tanpa Nama berkata...

nak kata apa lagi kalau bukan gila kuasa namanya tu?

dia boleh ukur kesetiaan seseorang ker? setahun ke 2 tahun ker 5 tahun ker? ada yg dah masuk parti 20 tahun pun boleh keluar.

hanya semata2 nak serang zaid, nak wat undang2 baru..undnag2 kesetiaan....

J Mirdat berkata...

Betoi kata Azmin, cermin diri anda jika nak kata kat Anuar. Kenali dulu si anuar ni. Apakah anda ada kekuatan seperti anuar. Saya jamin tak dak punya,cakap saja boleh la. Hidup Anuat Brahim.

Tanpa Nama berkata...

Kaduk sudah mula naik junjung. Pakat tebas ramai-ramai. Gotong-royong. Jangan sampai si kaduk menghalang laluan ke PJ.

AKU berkata...

Kesetiaan kepada parti .... inilah amat dikhuatiri PKR. Tak salah kalau Azmin menyatakan kebimbangannya terutamanya terhadap bekas ahli UMNO yang ada dalam PKR. Jangan-jangan mereka berlakun setia pada PKR tetapi sebenarnya berwatak seperti kisah "Ida World" dan "Pulangkan". Cerita rekaan pihak lawan untuk menjatuhkan PKR dan sahabatnya. Entahlah. Kalau banding UMNO dgn PKR, AKU tetap pilih PKR sebab AKU tahu kalau AKU pilih, dipenghujung jalan ialah jalan mati tapi tidak pada PKR. Sekurang-kurangnya masih ada sinar harapan, lebih-lebih lagi mereka ni berganding dengan PAS dan DAP (LGE).

Waris berkata...

Aku dah kata dah... itulah true color azmin. Itu baru separuh je belum keluar habis lg...

mz berkata...

bro GB

what do you think about trojan horse?.. coz i had a bad feeling here..

1.)Masa PRU12, saiful bukhari dihantar utk jadi trojan horse... dan kesan kepada anwar sgt teruk.jadi liwat2
2.) After PRU12, aku lagi2 rasa akan ramai dihantar kedalam PR. Tp sape dia aku sendiri tak tau
3.) Kejadian terkini dlm PKR amat merisaukan aku yg si trojan2 horse telah menjalankan perananya spt point berikut.
4.) Serang parti secara direct dan sebarkan kepada umum yg PKR bukan parti yg bersih dan sama saje dgn umno- ini utk alihkan sokongan2 org atas pagar especially non-malay. termasuk menggunakan org tertentu yg maybe tak tau pon dia dipergunakan.
5.) kalau tengok yg bertanding- semua org2 kanan dlm pkr ditentang oleh org baru- and most penentangnya adalah org yg baru masuk selepas PRU12. org kuat anwar yg masih bertahan (selepas beberapa batch yg telah tak thn dgn godaan dan cobaan), kini ditentang hebat oleh orang2 baru masuk slps PRU12… Cth dkt kelana jaya mcm mane syed shahir ditentang oleh ahli pkr yg masuk dec 2007 tp dlm pru12 bulan march 2008 masih kuat berkempen utk umno.. dan sekrg menentang syed shahir.. siap bawa pengikut dgn bas utk mengundi- mcm pelik dan ganjil skali scenario ini.
6.) andainya org2 yg baru ini menang (dan masih belum teruji kesetiaan dia), dan minta jadi calon PRU13, lepas menang lompat– aduii sakit lagi PR–kalau tak bg jadik calon lari lintang pukang kluar PKR PRU13 nanti-aku nampak scenario ini kemungkinan utk berlaku adalah besar.
7.) Kalau tgk kepada pencetusan masalah dlm pemilihan dicabang tak mustahil ianya didalangi oleh pihak tertentu yg mau memusnahkan imej PKR… pecahkan tong undi dan sbgnya….mostly tempat yg berlaku pula adalah tempat2 yg panas dan tempat org kanan PKR…mcm ade satu plan utk musnahkan imej pihak2 ini dimata umum..
8.) ade teori yg nampak mcm ada asasnya yg grand design besar utk hijack PKR- kalau org2 ni nak hijack PKR utk jadi lebih baik dan bukan trojan horse musnahkan umno- baguslah– tp yg lebih bahaya kalau diorg hijack utk hancurkan PKR– yg tuh dibimbangkan…..persoalan ni perlu semua ahli peka dan harap Bro GB) boleh siasat juga.. Sbb sejak2 akhir ini risau pasal ni.
9.) teori soh cheewan sekrg sudah tak ngam dgn anwar: dan dibelakangnye daim zainudin…
10).) aku tak mau semua penat lelah ahli pkr dan org yg membantunya termasuk 3rd force akan jadi abu oleh kerana trojan horse ini (kalau wujud dan aku yakin kewujudannnya ; cuma setakat mane, siapa dia dan sebesar mane dia sudah masuk PKR tidak diketahui).
11.) Harap2 semua berfikir pasal ini juga- sebab ini lagi berbahaya berbanding dgn azmin menang timbalan atau zaid menang timbalan… tp kalau yg menang tersebut adalah trojan horse habis PKR-..

mz berkata...

sambungan:

7.) Kalau tgk kepada pencetusan masalah dlm pemilihan dicabang tak mustahil ianya didalangi oleh pihak tertentu yg mau memusnahkan imej PKR… pecahkan tong undi dan sbgnya….mostly tempat yg berlaku pula adalah tempat2 yg panas dan tempat org kanan PKR…mcm ade satu plan utk musnahkan imej pihak2 ini dimata umum..
8.) ade teori yg nampak mcm ada asasnya yg grand design besar utk hijack PKR- kalau org2 ni nak hijack PKR utk jadi lebih baik dan bukan trojan horse musnahkan umno- baguslah– tp yg lebih bahaya kalau diorg hijack utk hancurkan PKR– yg tuh dibimbangkan…..persoalan ni perlu semua ahli peka dan harap Bro GB) boleh siasat juga.. Sbb sejak2 akhir ini risau pasal ni.
9.) teori soh cheewan sekrg sudah tak ngam dgn anwar: dan dibelakangnye daim zainudin…
10).) aku tak mau semua penat lelah ahli pkr dan org yg membantunya termasuk 3rd force akan jadi abu oleh kerana trojan horse ini (kalau wujud dan aku yakin kewujudannnya ; cuma setakat mane, siapa dia dan sebesar mane dia sudah masuk PKR tidak diketahui).
11.) Harap2 semua berfikir pasal ini juga- sebab ini lagi berbahaya berbanding dgn azmin menang timbalan atau zaid menang timbalan… tp kalau yg menang tersebut adalah trojan horse habis PKR-..

Tanpa Nama berkata...

tembelang azmin akhirnya pocah juga.

memang beliau tidak ada nilai2 kepimpinan yang bagus. kalau bab ugama, memang kalah dengan mustafa. mustafa setidak2nya boleh jadi imam, boleh mengaji Quran, boleh tafsir hadith, boleh baca talkin. azmin tahu apa? tahu bab membodek Anwar dan Wan Azizah, tahu bab mencerca MB Selangor, tahu bab melobi YB-YB PKR utk sokong pencalonannya.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn MZ

Risau jg dgn Trojan2 ni.

Tanpa Nama berkata...

banyak bicara seseorang itu maka banyaklah tonjol salahnya..zzz
berdiam itu emas.