29 Sep 2010

Takiyuddin Berbicara Tentang Apa?

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihanraya Kecil DUN Galas

KOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. - BERNAMA


PAS yakin pertahan Galas - TGNA

KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya PAS akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil nanti dari kalangan anak tempatan.

“Kita mempunyai ramai anak tempatan yang berwibawa,” ujarnya pada majlis penyerahan notebook kepada pelajar sebuah kolej di sini, sebentar tadi. -harakahdaily


Ulasan GB

Setahu GB yang menyebut "perpaduan Melayu" ini adalah UMNO. Sebab di dalam perlembagaan PAS tidak ada isu "kebangsaan" diperjuangkan. Dan jika ada pemimpin PAS yang menyebutnya ia adalah di era UG yang dah dikatakan mati itu.

Tetapi rupanya tidak mati, sekali-sekala akan kedengaran suara-suara sumbang itu tentang "perpaduan Melayu" itu.... sepertimana ajakan Abu Jahal kepada Rasulullah untuk "perpaduan Quraisy" dimana Rasulullah hendak ditabalkan jadi Raja.

Sudahkah Takiyuddin bawa hal tersebut ke Dewan Harian PAS, atau setidak-tidaknya ke pengetahuan Mursyidul Am PAS sebelum ianya diutarakan?

Susahnya kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin sebegini, jawatan tinggi-tinggi pulak tu dalam parti, tapi asyik masukkan gol ke gawang sendiri.

Terhimpit kita yang bebal di bawah bangang di atas....
Ya Allah bantulah kami....


11 ulasan:

SHANNARO berkata...

Dia nak perli umno je kot... jgn ambil pot sgt GB

adiksayang berkata...

Ya betul, yg melaungkan perpaduan melayu adalah umno.
Oleh itu disarankan pada Umno supaya tak payah bertanding jika menghayati konsep perpaduan melayu yg mereka dok laungkan.kerna yg bertanding dari PAS adalah melayu.
Ini suatu tempelak atau cemuhan pada Umno yg sering melaungkan isu melayu.bkn ajak bersatu atau bersekongkol,
lebih kurang macam ni la :
eh hang kata hang nak tolong melayu, ni yg nak bertanding ni melayu,
tak payah la hang bertanding kalau melayu yg hang perjuangkan?!!
jimat belanja...

Paham betul2 abe gren.

Tanpa Nama berkata...

hah masih ada lagi rupanya species UG ni... dalam pimpinan TGNA pulak tuh..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana lak kalau UMNO kata...PAS beri saja laa kerusi Galas tu pada BN / UMNO demi perpaduan orang melayu...mati hidup balik pun PAS x setuju.

GB berkata...

Bagaimana jika UMNO bersetuju kompromi serahkan kerusi Galas kepada PAS, kemudian katakan berlakulah kematian seorang lagi ADUN PAS, misalnya Bunut Puyung. Ketika itu UMNO pulak kata, skrg kita kompromilah, dulu saya dah beri PAS, skrg kami minta PAS setuju serahkan Bunut Puyong kepada UMNO.

Macamana?

Putra IJ80 berkata...

Bunyi nya mcm Mahmud Abbas minta Yahudi pulangkan Tebing Barat & Gaza cara berhemah lagi bermaruah. Agak nya dia bangun tidor,selepas qiamullay pada malam nya.

cicitHJHASSANu berkata...

pukul anak sindir menantu...

anak kelante,kajang berkata...

alahai ,idea sapa la macam ni?Tak berlawan lagi dah macam mengaku kalah,memang kalau jiwa ada sentimen UG macam ni lah bila bercakap.
Kamu tu Taki patut bersyukur lah sikit,orang luar kelantan yang senang hasil negeri kelantan,cakap siang tu pandang2 cakp malam dengar2.
Memang cetusan idea orang2 Ug ni,biar Parti kalah asal tetap memegang jawatan.

Tanpa Nama berkata...

aku rs mksud takiyudin tu...dr versi awal yg aku baca...dia mnta tak pyhlah buat PRK dan beri sj kepada parti yg menyandang DUN tu. mknanya parti yg telah di pilih rakyat utk jadi wakil mereka yg sah pada PRU lps.so di sini bolehlah duit utk PRK tu di jimatkan. melainkan utk PRU nnti parlimen di bubarkan barulah rakyat berhak pilih wakil baru depa. So biarlah habis sepenggal terus dari dok bazir duit juta2 buat PRK. Bukankah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pernah sarankan yg serupa. Jika berlaku kematian ke apa beri saja kpd parti penyandang. ok apa...sekian ulasan aku yg kerdil.jgn mare.slamat beraye

GB berkata...

anon 2.25

Jika "jimat duit" itu yang jadi persoalan, jika demikian lebih baik dahulu Rasulullah tak usah berperang, lagi jimat... jimat darah dan airmata!

Turunnya satu ayat tatkala ada umat Islam yang tak suka berperang melawan musyrikin:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2.89]

Tanpa Nama berkata...

Ya betul kata GB..ejen bangang UG dalam Pas masih tak sedar diri.