Aminulrasyid: Perhitungan terakhir
Pada 8 September 2010, Lawyers for Liberty mendampingi keluarga Allahyarham Aminulrasyhid Amzah serta ahli keluarga mangsa-mangsa penembakan polis bagi menyerahkan memorandum tuntutan keadilan kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn.
Amat dikesalkan mereka dilayan dengan sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh oleh para pegawai Kementerian Dalam Negeri. Pihak Kementerian tidak menunjukkan sebarang usaha untuk melihat perkara ini dan hanya berminat untuk menerima memorandum serta secepatnya mahu kumpulan ini dihantar pergi. Inilah sikap pihak kementerian dan polis yang sering terjadi saat rakyat datang dengan rintihan mereka.
Tahun ini, remaja Aminulrasyid Amzah tidak lagi dapat merayakan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan teman-temannya. Beliau kini dalam persemadian, perjalanan singkat hidupnya ditamatkan pada 26 April lalu dengan peluru anggota polis.
Bagi keluarganya, musim Aidil Fitri ini menajamkan keperitan segugus rasa kehilangan yang pedih. Beliau, satu-satunya anak remaja di kalangan adik beradiknya yang telah dewasa. Aminulrasyid, anak bungsu yang menghidupkan semangat kekeluargaan di Hari Raya. Beliau adalah lambang kegembiraan silaturahmi sebuah perayaan dan kini beliau telah pergi.
Keluarga beliau amat terpukul dengan tragedi tidak terduga ini. Demi menjaga maruah, keluarga beliau sabar dan tenang memikul kesedihan mereka dalam menghadapi rintangan pihak berkuasa. Keberanian senyap mereka amat berlawanan dengan tindakbalas biadap pihak berkuasa, cuba mengelak dengan tidak jujur menutup peristiwa jenayah yang berlaku. Hanya seorang anggota polis sahaja didakwa untuk kematian sedangkan jelas lebih dari seorang terlibat. Mereka mengarang bukti, dengan membuat dakwaan palsu menemukan parang di dalam kereta. Mereka sanggup menuduh Aminulrasyid dan sahabatnya Azamuddin Omar berusia 15 tahun itu, disyaki sebagai penjenayah. Mereka membuat dakwaan palsu bahawa Aminulrasyid cuba memandu keretanya ke belakang, menghala ke arah pihak polis. Kenyataan palsu ini merupakan suatu jenayah, namun tiada seorangpun dalam hirarki pangkat polis yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah.
Barangkali, ianya memang tidak menghairankan. Hal ini memandangkan Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar sendiri merupakan salah seorang yang membuat kenyataan tersebut. Dalam keadaan tiadanya lembaga saluran pengaduan salah laku polis yang bebas, siapakah yang akan menyiasat kesalahan Ketua Polis Selangor sendiri?
Tentunya juga bukan Ketua Polis Negara (kini pencen), yang menanggapi kemarahan orang ramai dengan mengancam untuk menarik balik kesemua anggota polis daripada bertugas di jalanan. Lebih buruk lagi, remaja yang masih bersekolah ini diserang oleh beberapa orang anggota polis setelah kenderaannya diberhentikan. Sehingga kini belum ada anggota yang dihadapkan ke mahkamah. Ianya merupakan kegagalan Peguam Negara Abdul Gani Patail kerana beliau memiliki kuasa untuk mengawasi dan menjalankan siasatan polis secara langsung.
Namun beban kegagalan paling buruk sekali terletak di atas bahu kerajaan negara ini. Biarpun sebelum peristiwa pembunuhan Aminulrasyid ini, telah dicatatkan sejumlah angka yang amat menganggu berkenaan peristiwa penembakan sewenang-wenangnya oleh pihak polis, tetapi kerajaan gagal campur tangan untuk mereformasikan pasukan polis. Bahkan ketika Aminulrasyid ditembak, suatu kempen sedang berlangsung bagi menuntut keadilan buat Norizan Salleh yang ditembak sebanyak lima kali tanpa sebarang kewajaran, pada bulan Oktober tahun sebelumnya.
Sebaliknya, kerajaan dengan cepat membela tindakan pihak polis yang berdepan dengan kritikan para peguam dan kumpulan hak asasi manusia. Andai kata, mereka memperhalusi peringatan tersebut, mungkin Arwah Aminulrasyid berkesempatan menyambut Hari Raya pada hujung minggu ini.
Dalam perhitungan terakhir ini, pihak kerajaan sedang bergelumang dengan darah Arwah Aminulrasyid. Sekali lagi, harapan kami biarlah ianya menjadi peristiwa yang terakhir. Kami menyeru agar keadilan wajib dilaksanakan terhadap kes Allahyarham Aminulrasyid dan Azamudin ini. -MR

KDN Dibidas Tak Peduli Aduan Rakyat Dizalimi Polis
PUTRAJAYA 9 Sept - Lawyers For Liberty, sebuah inisiatif yang memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap Kementerian Dalam Negeri yang bersikap peluk tubuh berhubung beberapa kes berkaitan kejadian tembakan polis ke atas orang awam, kematian semasa dalam tahanan dan dakwaan penyeksaan oleh pihak polis.
Seramai 10 orang peguam daripada badan itu mengiringi ahli dan keluarga mangsa, mangsa sendiri dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk menyerahkan memorandum pada seorang pegawai KDM pada pukul 11.30 pagi semalam.
Mereka pada awalnya ingin menyerahkan memeorandum tersebut kepada Menteri Dalam Negeri, Dastuk Seri Hishammuddin Hussein atau Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mahmood Adam namun mereka dikatakan sudah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri,
Mangsa yang hadir termasuk Norizan Salleh, 30, yang ditembak sebanyak lima das oleh polis pada 30 Oktober 2009, dua daripadanya terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.
Norizan juga mendakwa beliau telah ditendang sehingga patah dua tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta setelah polis melepaskan tembakan kepadanya.
Turut hadir juga termasuk keluarga remaja 14 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis di Shah Alam 26 April lalu serta keluarga kawan mangsa Azammuddin Omar disamping keluarga A Kugan, 23, yang mati semasa dalam tahanan polis di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan 2009.
Disamping keluarga remaja 18 tahun, Mohd Afham Arin yang ditembak mati oleh polis pada 20 Oktober 2009 di Taman Johor Jaya, Johor dan juga Shahril Azlan Ahmad Kamil, 26, yang menjadi mangsa tembakan polis pada 16 April 2009.
"Adakah tidak ada keadilan di Malaysia? Bolehkan pihak polis menyalahguna kuasa ikut suka hati mereka dan kemudiannya tidak didakwa di hadapkan ke muka pengadilan, dakwaan jenayah dan tindakan disiplin ke atas semua kejadian tembakan rambang, kematian dalam tahanan dan penyeksaan ke atas tahanan?
"Kami ingin mengingatkan Menteri Dalam Negeri berhubung kes kekejaman polis sejak dua tahun lalu yang masih menunggu jawapan dan keadilan. Ahli keluarga, penyokong, peguam mereka tidak akan membenarkan pihak berkuasa menipu mereka melalui tindakan separuh serius dengan harapan ia kelamaan akan luput daripada ingatan," kata badan itu dalam satu kenyataan.
Lawyers For Liberty juga menegaskan perlantikan Ketua Polis Negara yang baru memberi peluang untuk memperbaiki imej pasukan polis yang sekian lama tercalar dan dicemari dengan anggapan kekejaman, bertinbdak sesuka hati, menembak secara rambang, korup dan bertindak sebagai pelindung kepada golongan kaya dan berkuasa yang menindas rakyat miskin dan lemah.
Menteri pula bertanggungjawab mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan profesionalisme pasukan polis yang diakui oleh mana-mana anggota polis berada pada tahap yang amat rendah.
"Tidak ada jalan pintas untuk mereformasi dan menebus kembali kegagalan polis. Keputusan tegas perlu diambil dan sudah tentunya mereka yang berada di dalam kedudukan kuasa akan cuba menghalang," tegas badan itu lagi.
Badan itu mendesak Hishammuddin mengambil langkah segera termasuk mendakwa tanpa rasa takut pesalah dalam pasukan polis termasuk Ketua Polis Selangor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terlibat dengan jenayah serta pelanggaran disiplin.
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) hendaklah disegerakan seperti mana cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada 2004.
Badan itu juga mendesak penyemakan semula prosedur operasi standar berhubung penggunaan senjata api dan penahanan atau interogasi disamping mencadangakan supaya Perdana Menteri dan Kabinet memohon maaf secara terbuka kepada mangsa dan keluarga mereka terhadap tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis yang selama ini dianggap kebal daripada sebarang tindakan.
1 ulasan:
nak adil kenalah tumbangkan pemerintahan UMNO PRU13
Catat Ulasan