Sukar Kesan Gelaran Datuk Tanpa Pendaftaran Negara
PETALING JAYA: Amat mudah untuk menggunakan gelaran Datuk palsu berikutan tiada pendaftaran negara bagi mengesahkan ketulenan pengiktirafan itu.
Sunday Star mendapati pelbagai sumber diperlukan untuk mengesahkan sama ada gelaran Datuk itu benar atau tidak dan Malaysia mempunyai beribu-ribu individu memegang gelaran tersebut.
Baru-baru ini, salah seorang suspek utama dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dikatakan mempunyai gelaran Datuk.
Bagaimanapun, berdasarkan siasatan polis di semua negeri mendapati suspek terbabit tidak dikurniakan gelaran Datuk dan dikatakan perolehan gelaran itu dibeli dengan bayaran sejumlah RM180,000.
Terdapat 15 sumber berbeza berhubung gelaran Datuk seperti daripada Yang di-Pertuan Agong, negeri dan Wilayah Persekutuan.
Pada masa ini, saluran utama bagi pengesahan gelaran tersebut adalah daripada setiausaha kerajaan negeri.
Internet merupakan jalan paling mudah namun berdasarkan satu pemeriksaan mendedahkan maklumat yang sedia ada itu kebiasaannya tidak lengkap.
Bagaimanapun, terdapat sumber utama yang boleh diperoleh daripada laman web Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor tetapi dalam sumber secara komprehensif.
Terdapat satu usaha untuk mencari gelaran Datuk yang dikurniakan pada tahun 2009 tanpa merujuk kerajaan negeri namun tiada dalam senarai komprehensit itu.
Sementara itu media menyiarkan senarai yang dikurniakan oleh ketua negeri namun bukan semua yang disenaraikan.
Sesetengah laporan memperjelaskan kurniaan itu dengan anugerah yang diberikan serta bilangan anugerah yang diberikan tetapi bukan senarai nama penuh.
Sebaliknya, dalam laporan lain pula hanya menyertakan senarai penerima.
Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata, pangkalan data yang mudah diakses orang awam
“Adalah baik sekiranya pangkalan data diselaraskan bagi mengenal pasti terdapat penipuan tetapi bukan keputusan gelaran diberikan kerana kebenaran itu melibatkan hak raja-raja negeri,” katanya.
Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low berkata, kebanyakan orang tidak mengetahui sama ada gelaran Datuk itu benar atau tidak.
Bagi bekas Presiden Majlis Datuk Pulau Pinang, Datuk Seri Nazir Ariff, adalah sukar untuk mengesahkan kesahihan gelaran itu.
“Tiada cara untuk mengesahkan mengenai apa yang diperkatakan mereka (segelintir Datuk) adalaghbenar. Kebiasaannya mereka tidak akan memaklumkan negeri mana yang memberikan pengurniaan itu,” katanya. -mstar

4 ulasan:
kalau Datuk palsu tak berani siasat, bagaimana Datuk betul nak siasat?
tu la sekarang ni dah terlalu banyak datuk.. macam2 datuk ada... rupa2nya kebanyakan datuk beli.. apa barang....
nak kebal undang-undang kena ada gelaran Datuk, tak kira palsu atau betul?
Datuk Ke.. Datuk Seri ke..Tun Tan ke, semuanya tidak ada kualiti. Yang tidak berjasa pun dapat anugerah ini. Jika zaman dulu-dulu anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah lama berhidmat kepada negara atau pun negeri. Jika dilihat hari ini, ada yang baru khidmat tak beberapa lama dah dapat pangkat Datuk. Begitulah juga orang2 politik yang hanya menjadi wakil rakyat hanya satu penggal atau pun tak pernah jadi wakil rakyat pun tapi oleh kerana mengenali sesaorang maka mereka dapat anugerah 'DATUK'. Sekarang terlalu ramai yang dapat gelaran ini dan tak tahu pula dari mana yang mereka dapat.Jasanya pulak tidak ada. Itulah pangkat datuk ke..Tun Tan sekarang ini semuanya tidak bererti dan tidak ada ada kualiti. Sepatutnya anugerah ini diberi kepada mereka yang telah lama berhidmat dan berjasa pada negara
Catat Ulasan