26 Sep 2010

Memang Kartun - Zunar: Polis Pun Tak Tahu Apa Yang Ditanya

Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Untuk Zunar, tindakan polis ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya, agar dirinya berhenti melukis kartun. Bagaimanapun, beliau tegas bahawa dirinya akan terus melukis, dan berpegang kepada prinsip dan falsafahnya berkartun, iaitu membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah, beliau tidak akan menyembunyikan pendirian dirinya dari karya kartunnya.

Zunar bagaimanapun perlu melaporkan diri di balai polis pada 7 Oktober 2010.

Majistret menafikan hak Zunar

Pada awal pagi tadi, polis berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah Majistret Sepang untuk terus menahan Zunar, tanpa kehadiran peguamnya. Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang mewakili Zunar, berkata dirinya hanya diberitahu polis bahawa Zunar akan dibawa ke majistret pada jam 9 pagi, ketika dirinya menghubungi polis pada waktu itu juga.

Maka beliau pun bergegas ke Majistret Sepang, tetapi mendapati polis telah berjaya mendapat perintah reman satu hari. Ketika dihubungi MerdekaReview, Fadiah Nadwa Fikri (gambar kiri) menyatakan ketidakpuasannya kerana anak guamnya dinafikan hak untuk diwakili peguam. Bagaimanapun, beliau akan mengadu kepada Majlis Peguam berhubung kes ini.

Fadiah juga menambah bahawa penangkapan polis ini dipercayai bertujuan untuk menghalang Zunar daripada menghadiri majlis pelancaran buku kartunnya, Cartoon-O-Phobia semalam.

Pada kira-kira jam 3.45 petang, tiga orang pegawai polis dari Shah Alam melawat ke pejabat Malaysiakini, dan mengambil keterangan daripada Ketua Pengarangnya, Steven Gan (gambar kanan). Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dijumpai dan dibawa pulang ke balai polis.

Menurut Steven Gan, soalan yang ditanya berkisar pada operasi Malaysiakini, anak syarikatnya, Kinibook, buku terbitannya yang lain dan sama ada beliau menghadiri majlis pelancaran buku semalam. -MR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.


Menteri: Penahanan Zunar berkaitan isu kalimah Allah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Zunar dibuat setelah mendapati kartun yang dihasilkan kartunis itu turut berhubung kait sistem perundangan negara dan agama termasuk isu kalimah Allah.

"Ramai cuba gembar gemburkan penahanan itu berkisar kepada kartun yang menyentuh kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi maklumat yang saya terima daripada pihak berkuasa mengatakan kartun-kartun yang dihasilkan juga berhubung kait sistem perundangan kita, agama, isu kalimah Allah yang diputar belitkan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 49, ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku Cartoon- O-Phobia yang didakwa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Beliau ditahan di pejabat penerbitan miliknya, Sepakat Efektif Sdn Bhd di ibu negara kira-kira pukul 4 petang, semalam. -mk


Ulasan GB

Adeh, ke situ pulak perginya menteri dalam negeri...
ni semacam kena cucuk pinggang oleh sang wartawan, terus sebut apa yang dia suka...
nasib baik tak disebutnya, 'aku memang suka cium anunya' seperti yang dilakukan semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dulu.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

arahan UMNO dan najib, kena akur, walaupun tak bersalah.

Tanpa Nama berkata...

kalau siasatan polis segera macam ni mungkin kes sosilawati tak berlaku.