Ahli parlimen Teluk Kemang yang juga Pengurus kempen’ Azmin, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.
Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.
Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.
Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.
Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan', malaysiakini dipetik.
"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.
Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.
Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).
Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.
Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.
Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.
Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.
Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.
"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," lapor Malaysiakini lagi.
Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.
Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.
Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.
Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan', malaysiakini dipetik.
"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.
Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.
Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).
Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.
Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.
Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.
Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.
Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.
"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," lapor Malaysiakini lagi.
Timbalan: Azmin 78, Zaid 29, Mustaffa 16, Khalid 4, Tian 3
kemaskini 7.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-29 dari cabang Teluk Kemang, Negeri Sembilan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 132 cabang selesai bermesyuarat.
Manakala ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-10 dari cabang tersebut untuk jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Teluk Kemang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan Dr Lee Boon Chye.
Kemaskini 7.20pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-78 dari cabang Petaling Jaya Selatan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 131 cabang selesai bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
kemaskini 7.06pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-77 dari cabang Kluang, Johor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 130 cabang selesai bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Dr Lee Boon Chye.
kemaskini 6.58pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-76 dari cabang Kota Raja, Selangor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 129 cabang selesai bermesyuarat.
Kota Raja juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala bagi jawatan naib presiden, Kota Raja mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Batu, Tian Chua; ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
dikemaskini 6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-75 untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 128 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Shah Alam, Selangor. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
dikemaskini 5.56pm Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub menambah satu lagi pencalonan - dari cabang Seremban. Ketua PKR Perak itu kini memperolehi 16 pencalonan selepas 127 cabang selesa bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Kuantan, Fuziah Salleh; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akini; ahli parlimem Batu, Tian Chua dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.
dikemaskini 5.50pm Pencalonan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden semakin bertambah. Terbaru Menteri Besar Selangor itu kini mendapat pencalonan dari Cabang Bandar Tun Razak.
Berikutan itu, Abdul Khalid kini memperolehi empat pencalonan selepas 126 cabang PKR selesai bermesyuarat.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimem Batu, Tian Chua.
dikemaskini 5.45pm Cabang PKR Seputeh mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan timbalan. Menteri Besar Selangor itu kini mendapat 3 pencalonan selepas 125 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Dr Lee Boon Chye.
dikemaskini 5.37pm Cabang PKR Batu mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan timbalan. Naib presiden PKR itu kini mendapat 74 selepas 124 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Batu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Manakala calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Batu, Tian Chua; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Tian Chua memenangi jawatan ketua cabang Batu tanpa bertanding.
dikemaskini 5.30pm Cabang PKR Lembah Pantai mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan ketua. Zaid kini mendapat 28 selepas 123 cabang selesai bermesyuarat hari ini.
Lembah Pantai turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Manakala calon bagi naib pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.
5.10pm Pencalonan bagi naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR meningkatkan kepada 73 selepas 122 cabang selesai hari ini.
Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Jelutong, Pulau Pinang. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Pengiraan untuk calon naib presiden masih berjalan.
Sementara itu, cabang Petaling Jaya Utara (PJU) pula mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini adalah pencalonan kedua untuk beliau dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan timbalan.
PJU mencalonkan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.
Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Sehingga semalam, Azmin memperolehi 70 pencalonan selepas 118 cabang selesai bermesyuarat.
Pembantu Azmin yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan kedudukan terkini itu.
Hari ini Azmin memperolehi dua lagi pencalonan - dari cabang Bukit Bintang (Wilayah Persekutuan) dan Pensiangan (Sabah).
Manakala ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 27 pencalonan; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (15) dan pengarah strategik PKR, Tian Chua (3), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.
Sementara itu, bagi jawatan presiden, Bukit Bintang mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pensiangan pula mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan tersebut.
Bagi jawatan naib presiden, Bukit Bintang mencalankan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.
Pensiangan pua mencalonkan Datuk Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR cabang Tuaran, Ansari Abdullah; dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.
Sebanyak 37 lagi cabang PKR di enam negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan cabang dan pusat hari ini.
Negeri-negeri itu ialah Johor (6 cabang), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (3), Sarawak (9), Wilayah Persekutuan (7), Selangor (9) dan Sabah (1). -mk
8 ulasan:
uniknya PKR neh...mana2 yb pun belum tentu menang pemilihan parti..
Beza undi menang dan kalah pun besar. Itu tandanya ahli bawahan lebih memilih kepada calon yang benar2 bekerja di akar umbi, bukannya yang ada jawatan di pusat dan menjadi proksi Azmin dan siapa2.
Beza undi menang dan kalah pun besar. Itu tandanya ahli bawahan lebih memilih kepada calon yang benar2 bekerja di akar umbi, bukannya yang ada jawatan di pusat dan menjadi proksi Azmin dan siapa2.===
aku sgt setuju dgn pendapat hang...
dan aku harap semua org akan berlapang dada kalau sape2 saje yg menang jawatn hot timbalan president pkr nanti-- itu adalah pilihan ahli pkr yg berdaftar-minta hormat lah..sebab ahli akan umbi tau sape yg dia perlu lantik diantara tokoh2 hebat berkenaan .. jgn ade lagi org2 yg suka buat penjelasan yg bukan2 nanti....jgn double standard.. nanti org akan tau dan sape yg maulu--diri sendiri gak yg malu..
belo betol mz ni.... dah nampak azmin memang menang, tapi bukan bererti azmin tu ada kualiti. mungkin disebabkan faktor2 lain seperti lobi dan sebagainya. dalam pru nanti, bukan ahli pkr berdaftar saja akan mengundi, yg atas pagar pun akan mengundi. jangan kau pulak nanti malu bila azmin jatuh terkangkang nanti, sebab rakyat tau sape yg dia perlu lantik diantara tokoh2 hebat berkenaan .. jgn ade lagi org2 yg suka buat penjelasan yg bukan2 nanti.
haha-- aku nak malu buat ape? dan aku peduli ape kalau azmin kalah dalam pemilihan ni atau dlm PR nanti- lantak pilah dia-- kalau dia buat tak betul- dan pengundi reject dia padan muka dia. sape suruh tak buat kerja..tp mcm post2 aku yg lepas, aku still pegang kepada hard feeling aku yg zaid belum sesuai jadi no 2..
---
aku pentingkan kestabilan PKR dan PR dan ending dia kemenangan dlm PRU13 nanti.. dan yg lebih penting kemenangan islam dan kemapusan umno--itu tujuan aku --sape yg jadi pemimpin aku tak kisah.. janji bukan yg jenis nak rosakkan parti dah ler...
dan satu lagi kalau dulu igt masa pemilihan pas- ade geng2 yg dpt keistemawaan dlm utusan malaysia.. kali ni pon ade manusia2 yg dpt keistimewaan dkt utusan malaysia.. cayalah semakin lama semakin jelas...
dan lihat juga pandangan ini--
http://wfauzdin.blogspot.com/2010/09/boikot-utusan-tetapi-dato-zaid-beri.html
blog wfauzdin tu blog pro-azmin. pro-UMNO. apa lah mz. buka ler lu punya minda.
utusan sengaja nak porak perandakan pkr, itu sbb dia keluarkan kenyataan wawancara dengan zaid. bukan zaid yg mengada-nga pergi jumpa utusan..
utusan juga selalu keluarkan gambar ust hadi dengan nasya untuk porak-perandakan pas bukan bererti hadi dan nasya suka kat utusan atau umno.
sokong calon yang kerja kuat dan berani menumbangkan UMNO, bukan lalang dan berkepentingan.
ano 1242: aku baca smua blog tak kira yg sokong sape--mcm blog ni sokong zaid-aku baca juga-- aku dptkan input dan aku kaji baik buruk...yg baik aku terima, yg tak baik aku tolak.. aku tak terikat dgn sape2.
dlm kes utusan malaysia-- dah tau UM tuh musuh pakatan yg pergi hulur tengkuk tuh buat ape? hang igt cerdik ke mcm tuh?.. memang dr dulu lagi dah tau yg benar pon UM tuh putar belit-lagi nak pergi sane... hang pon nak bias gak ker?..muahaha,,
Catat Ulasan