Kamarul: Ahli PKR tolak saya sebagai MP
Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.
Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.
Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.
Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:
"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."
Ulasan GB
GB telah menyatakan sebelum ini bahawa "grassroot level" itu lebih penting daripada jawatan anda di peringkat pusat.
Sesiapa yang cuba untuk mempengaruhi perwakilan dengan jawatannya di peringkat pusat atau kerana ia seorang ahli parlimen, kononnya berpuloh MP menyokong sianu, sekalipun ia benar demikian, ia hanya politiking muurahan untuk membebalkan rakyat.
Masalah rakyat, itu sepatutnya diutamakan. Dan rakyat memilih ADUN yang sentiasa mendengar dan membantu menyeselesaikan masalah mereka lantarannya.
Malah di dalam banyak ketika, perebutan untuk mendapat jawatan yang tinggi di dalam hirarki parti akan hanya menghasilkan rasa penuh benci dan meluat rakyat, kerana bagi rakyat anda adalah seorang yang tamak kuasa, bukan seorang wakil rakyat yang berguna.
Menang sorak dengan pencalonan yang banyak, menang jawatan tertinggi dalam parti belum menjamin anda bisa berjaya di dalam pilihanraya umum kerana rakyat tidak akan memilih mereka yang tidak berkualiti sebagai wakil mereka.
Rakyat kini tidak lagi terpukau dengan ucapan retorika dari malam sampai ke pagi, tidak lagi terpesona dengan majlis-majlis selak papan perasmian bangunan atau penyerahan replika kunci besar untuk surau. Tetapi yang rakyat mahukan ialah pemimpin yang kuat bekerja, innovatif, kreatif, mampu merasai denyut nadi kesusahan rakyat, mengeluarkan mereka dari belenggu permasalahan yang mereka hadapi disamping menghasilkan sesuatu yang dilihat sebagai "landmark" perjuangan seseorang pemimpin tersebut.
Pilihanraya yang lepas telah menghasilkan ramai wakil-wakil rakyat tangkap muat hasil dari penderitaan rakyat yang dizalimi oleh kerajaan BN.
Namun, PRU yang akan datang ini adalah fasa kedua dimana kita akan menyaksikan Pakatan Rakyat, tak kira apa parti, PKR, PAS ataupun DAP, akan dibersihkan pula daripada wakil-wakil rakyat palsu ini, yang fe'elnya memualkan rakyat selama ini sebelum dihantar PR ke Putrajaya nanti. Siapa yang merencana membersihkan PR dari pemimpin palsu yang mencelakakan rakyat itu? Jawapannya: DIA!
Katakanlah: ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (3:26)

5 ulasan:
Ahli bawahan sekarang tidak bodoh, mereka tahu yang mana intan yang mana kaca, walaupun calon tersebut ada jawatan tinggi di pusat dan menjadi proksi kepada pemimpin kanan parti.
Tanda-tanda awal dianak masuk umno balik...
Azmin??? Dia akan ikut jejak langkah ezam nanti. Itu aku punya bacaanlah... dah macam cerita hindustan. Boleh baca ending dia.
setuju dengan gb!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku agak ini mesti si UMNO dah masuk daun ni- kalo tak kan org kuat boss boleh tertiarap kat situ.Hati2 mainan UMNO..
biasalah kalah dan menang dalam pemilihan yang penting jangan kalah dengan UMNO dan BN. tumbangkan UMNO PRU13
Catat Ulasan