KJ: PERKASA punca BN hilang undi
Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.
"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.
"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."
Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.
"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKASA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.
Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?
"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.
Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.
"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.
Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.
"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar. -mk
Ulasan GB
BN kecundang pada pilihanraya akan datang, bukan kerana Pakatan Rakyat sudah kuat. Tetapi kerana kewujudan PERKASA, sebuah NGO perkauman ultra-Malay bersenjatakan keris juga yang diiktirafkan UMNO.
Di situ ada logiknya Khairy. Dan Khairy secara sinis menyindir Najib yang masih tidak mengambil tindakan terhadap Perkasa:
"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa,"
Perkasa Ibrahim Ali telah berjaya memperkudakan Mahathir. Tetapi Mahathir sendiri adalah suratkhabar lama yang tak memaknakan apa-apa lagi untuk Perkasa.. malah untuk UMNO pun sama... Mahathir melukut di tepi gantang buat mereka.
Masyarakat bukan-Melayu tidak akan memberikan undi kepada BN kerana ada bayangan Perkasa di belakang UMNO. Merbahaya kata mereka.
Dan di Kelantan pula, rakyat Kelantan sedang menunggu masa membenamkan Ibrahim di kawasan parlimennya.

4 ulasan:
Dah Kena Lah Tu Penyamun Jumpa Penyangak...Sama Je..
KJ ni ada pandangan jauh. Betul juga katanya PERKASA bakal merugikan BN, sokongan Melayu tak bertambah, pengundi bukan Melayu pula bertempiaran lari.
baguslah gitu, bila penyokong melayu bertempiaran lari, tinggallah yang karat 3- 4 inci aje yang menyokong, dan yang tua2 menunggu masa dijemput oleh Allah... MAKNYA UMNO BEE END AKAN KEHILANGAN PENYOKONG YANG RAMAI, WALAUPUN KATANYA RAMAI AHLI PAS YANG MASUK MENJADI AHLI UMNO.. (cerita dongeng aje... untuk cari penyokong yang bengong2...}
Orang Melayu Islam adalah CONTOH TAULADAN kepada orang kafir bukan Melayu..kalaukita sendiri RASIS..cakap ikut sedap ..halau orang keluar dari Malaysia..macam Malaysia emak bapak PERKASA yang punya..
Catat Ulasan